Penyokong Ini Memberikan 3 Cadangan Kepada TMJ Untuk Memperbaiki Bola Sepak Malaysia

Aku malas sebenarnya nak borak hal Presiden FAM iaitu Tunku Ismail ni. Nanti muka aku dan status aku kena printscreen lantas diposkan ke page-page Johor.

Tapi tak apalah. Aku cuba tulis dalam manner yang berniat baik. “Kritikan tu biarlah membina” katanya admin page-page Johor.

‘Kenapa saya masih sokong TMJ?’

Sejujurnya pendirian aku masih sama macam Januari dulu iaitu menyokong perlantikan Tunku Ismail sebagai Presiden FAM. Aku suka cara baginda dalam mentadbir dan memimpin.

1. Baginda jumpa penyokong sendiri.
2. Buat live untuk jawab isu berbangkit.
3. Vokal tentang isu pengurusan. Misalnya isu audit hari itu.
4. Selalu kemaskini tentang perkembangan bolasepak luar negara.
5. Letak kepercayaan kepada pemain dan jurulatih.
6. Professional (walau ada bunyi-bunyi mempertikai professionalisme baginda).

Dengan kata mudah, ada komunikasi dua hala. Komunikasi ni penting. Baginda guna betul-betul kuasa yang baginda ada. Yang elok kita kena cakaplah.

Credit is given where credit is due. Setakat ini aku masih okey dan rilekssss saja walau Malaysia kalah straight.

Takde langsung nak mintak baginda letak jawatan. Malah, aku harap baginda kekal untuk beberapa penggal lagi.

Kontradiksi

Cuma… ada cuma. Sebagai pemerhati sukan bolasepak, ada beberapa perkara yang baginda buat untuk bolasepak negara tidak sealiran dengan kepercayaan aku.

Falsafah pembangunan yang baginda utilize tidak akan membawa perubahan. Kritikan-kritikan (negatif dan bodoh) yang banyak keluar selama ni bukan kerana baginda pemilik JDT ataupun sebab tak suka baginda.

Falsafah ‘TMJ FAM’  tak sama dengan ‘TMJ JDT’

Tapi sebab yang sama dengan aku iaitu falsafah pentadbiran baginda yang salah. Ya, falsafah baginda salah!

Tenang penyokong JDT. Tenang. Sebelum korang tanya aku, biar aku tanya sendiri je diri aku.

Aku ni siapa nak kritik-kritik baginda cakap baginda salah? Kalau terer sangat, kenapa aku tak jumpa baginda sendiri je cakap depan-depan?

Eh, kenapa aku tak fokus dekat Kelantan je? Sibuk pulak hal pasukan orang.

Aku bukan sesiapa. Penyokong bolasepak biasa-biasa aje. Bukan ultras. Bukan hooligan. Bukan bebudak zine bola. Sekadar penyokong biasa. Aku tulis ni pun untuk express buah fikiran saja. Bukan nak beri orang baca.

Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Dari kaca mata aku, falsafah yang baginda laksanakan sekarang memang salah. Baginda superficial. Baginda mementingkan perkara-perkara yang berbentuk luaran semata-mata.

Kita tak nafikan kepentingan infrastruktur, kelengkapan, kemudahan latihan, kebajikan pemain, dan dana besar. Memang itu yang menjadi winning formula JDT dalam Liga Malaysia.

Kalau bukan faktor benda-benda tu, mana mungkin JDT boleh menang AFC dan Liga Super 4 musim berturut-turut.

Baginda upgrade stadium, kelengkapan, prasarana, jaga kebajikan pemain (termasuk pemain Kelantan yang tak dibayar gaji), dan mengutamakan etika (tiada kompromi dalam kes pemain curi duit).

Namun, formula itu tak boleh diguna dalam FAM. Untuk JDT, boleh. Untuk FAM, tak boleh kerana situasinya berbeza.

Falsafah Tunku Ismail dalam mentadbir dan menguruskan FAM adalah salah kerana falsafahnya tidak akan beri apa-apa penambahbaikan. Kita akan kekal di takuk lama jika baginda masih meneruskan falsafah yang sekarang.

3 cadangan

Berikut ialah falsafah yang patut baginda boleh pertimbangkan.

1. JDT sebagai sebuah pasukan dalam Liga Malaysia bersaing dengan pasukan yang taraf permainannya lebih kurang sama. Liga Malaysia ni unpredictable.

Kita tak boleh cepat buat ramalan sebab konsistensi setiap pasukan yang kucar-kacir. Sebab itu kita nampak Selangor pun boleh kena titik dengan Negeri Sembilan.

Kita juga boleh nampak JDT yang dibarisi pemain sedap boleh tewas di tangan pasukan lemah seperti Kelantan sebanyak 6-1. Itu semua tak siapa sangka.

Kenapa begitu? Sebab taraf liga kita. Kita tak ada pasukan yang betul-betul dominan. Semua 12 pasukan dalam Liga Super lebih kurang je.

Semua pemain jenis sepak tonjol, tanduk bola pejam mata, tendang bola ikut arah skrotum, trap ball guna betis, dan lari lebih laju dari gerakan bola. Semua.

Malah, pemain import yang sedap bila masuk sini pun main ikut cara pemain tempatan jugak. Hairan aku!

Penyelesaiannya, fokus untuk upgrade liga. Cara Tunku Ismail cadangkan untuk tambahkan kemeriahan liga adalah dengan menambah bilangan pemain import kepada 5 orang.

Ini cara upgrade liga guna acuan EPL. Tapi, cara ini membinasakan. Kita lihat pasukan kebangsaan England di peringkat antarabangsa.

Liga mereka paling meriah tapi pasukan kebangsaan mereka hanyalah pelengkap jadual sama ada dalam EURO mahupun Piala Dunia.

Belum lagi masuk bab ejen yang jadi scammer bawa masuk entah mamat Nigeria mana datang sini lepas tu claim itu pemain bolasepak. Kita tak nafikan ada jugak kes korupsi di peringkat pengurusan yang ambik duit bawah meja melalui urusan jual beli pemain import.

Lagipun kalau baginda berundur dari FAM dan fokus pada JDT semula, liga kita masih gred D. Paling jauh JDT boleh pergi pun sekadar kejohanan AFC sahaja.

Aku pasti baginda mesti mahu fokus lebih jauh iaitu memenangi ACL. Tapi bagaimana nak menang ACL kalau liga kita tak memenuhi syarat coefficient rankings?

2. Lupakan falsafah “duit boleh menyelesaikan segala masalah” tetapi fokus kepada pembangunan mentaliti. Dalam siaran live malam tadi baginda ada cakap tentang “winning mentality”.

Mentaliti tidak boleh dibentuk setahun dua. Pembentukan mentaliti memerlukan usaha yang lama dan berpanjangan. Selain winning mentality, baginda juga perlu tekankan “real football mentality” iaitu permainan yang menyerlahkan rasa cinta kepada bolasepak.

How?

Main bagus-bagus, bersungguh-sungguh, dan setaraf dengan permainan antarabangsa. Pemain yang kita ada dah obsolete. Mentaliti mereka bukan mentaliti yang kita rakyat Malaysia mahukan.

Mereka tiada mentaliti yang patriotik, gigih berusaha, dan cintakan permainan bolasepak. Mentaliti mereka kini hanyalah “main bola untuk sara hidup.”

Penyelesaiannya fokus sajalah kepada pembangunan. Rakyat Malaysia pun boleh faham jika baginda buat live dan cakap.

“Saya (baginda prefer bertitah guna ‘saya’) sebagai Presiden FAM akan hentikan sebentar penglibatan pasukan kebangsaan dalam kejohanan antarabangsa.

Pasukan yang kita ada sekarang tu nak jadi apa pun, jadilah. Saya tak peduli. Fokus saya sekarang ialah pada pasukan akar umbi yang sekarang iaitu budak-budak berusia 8-9 tahun.

Mereka kini ada di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Saya juga akan merehatkan Liga Malaysia. Duit yang ada pada pasukan-pasukan bertanding gunalah untuk bina sebuah pasukan baru.

Ambiklah budak-budak umur 8-9 tahun dan peliharalah mereka jadi pemain bolasepak. Liga kita dan pasukan kebangsaan kita hanya akan kembali 12 tahun lagi.

Maka, nak tak nak anda semua para penyokong kena tunggulah 12 tahun. Ini harga yang kita semua perlu bayar demi perubahan. Pemain-pemain yang sedia ada ni bolehlah membantu pembangunan.

Kalau tak nak membantu, pergilah buat kerja lain. Jual insuran ke, bawak Uber ke, mengorat artis macam biasa ke
.
Dalam proses pembangunan budak-budak tu, terpulanglah kepada baginda untuk ambil acuan bolasepak negara mana. Jepun ke, Iceland ke, Jerman ke, terpulang.

Fokus benda basic macam tendang dan perangkap bola. Lepas tu baru kita borak taktikal. Dalam masa yang sama, strukturkan balik liga. Berenti ajelah buat liga ikut negeri ni.

Yang selebihnya boleh tahu sendiri.

Aku pasti rakyat Malaysia atau peminat bolasepak khususnya boeh je hidup tanpa bolasepak selama 12 tahun. Jadi bongok 30 tahun pun kita boleh, apalah sangat takde bola selama 12 tahun.

Lagipun hujung-hujung minggu bolehlah pergi tengok EPL kalau ketagih sangat nak main bola.

3. Akhir sekali ialah dengan membudayakan bolasepak. Didik masyarakat tentang bolasepak. FAM kena beritahu rakyat bolasepak ni bukan satu permainan bodoh tentang 22 orang lelaki berebut satu bola.

FAM mesti cakap apa faedah bolasepak yang maju kepada negara. FAM harus terangkan apa kelebihan menjadi negara yang menjadikan bolasepak sebagai sukan utama. FAM wajib ejas persepsi masyarakat tentang menyokong bolasepak atau menyokong negeri.

Banyak saluran FAM boleh guna. FAM sendiri pun badan kerajaan maka FAM layak mendapat kerjasama dari agensi kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, etc.

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambai ke arah penyokong ketika turun padang bagi memberi sokongan kepada Pasukan Kebangsaan Harimau Malaya pada final kedua Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil disini, hari ini.
–fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Usaha ini penting kerana persepsi masyarakat akan tentukan sokongan. Aku setuju dengan Tunku Ismail tentang bab mentaliti. Tengoklah hari ini berapa ramai yang bengap duk minta baginda letak jawatan. Baru 7 bulan tu.

Rumusan

Kesimpulannya, kuasa yang ada pada Tunku Ismail sekarang (selaras dengan usianya yang masih muda), kita boleh ke Piala Dunia. Tapi ia memerlukan falsafah yang betul serta pengorbanan yang besar.

Apa pun, falsafah yang betul insha Allah akan disokong tak kiralah betapa lama pun. Aku masih yakin dan optimis. Semoga Tunku Ismail terus kekal di FAM.

Diulangi falsafah yang diulas tadi

1. Liga yang maju ialah bolasepak yang maju
2. Berhenti fokus pada pembangunan luaran tetapi fokus kepada teras bolasepak iaitu pembangunan pemain.
3. Budayakan sukan bolasepak dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Nota kaki 1 : Saya menulis ini kerana saya rakyat Malaysia, untuk bolasepak Malaysia, demi kemajuan negara Malaysia. Saya berasal dari Kelantan tetapi cinta saya kepada Malaysia jauh lebih tinggi.

Nota Editor: Artikel ini dipetik daripada penulisan peribadi Mohd Zailee

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN