Pengulas Perlawanan Di Rusia Mengamuk Kerana Tak Puas Hati Dengan Pengadil!

Lelaki bernama Vladimir Nikolsky bertugas sebagai seorang pengulas perlawanan televisyen. Tugasnya kali ini sebagai pengulas perlawanan liga divisyen tiga Rusia antara Torpedo Vladimir menentang Tekstilshcik Ivanovo.

Namun, tugasnya kali ini agak berbeza.

Berang

Pada ketika itu, perlawanan berkedudukan 1-1. Kontroversi bermula apabila penjaga gol Ivanovo, Alexei Smirnov menjatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti. Jelas sekali video memaparkan bahawa pemain itu jatuh di dalam kotak penalti.

Pengadil perlawanan mengambil keputusan tidak memberikan penalti kepada Torpedo.

Vladimir Nikolsky berasa berang dengan tindakan pengadil itu. Bukan dia sahaja yang melihat kejadian itu, malah puluhan penonton pun Nampak di manakah sebenarnya pemain Torpedo itu jatuh.

Vladimir mula meninggikan suara di hadapan mikrofon.

Pengadil buat hal lagi

Kejadian bola ditampan dengan sengaja.

Susulan foul itu, pengadil menghadiahkan sepakan percuma kepada pemain Torpedo. Namun, pemain Ivanovo sengaja menampan bola dengan tangan dalam penalti.

Pengadil sekali lagi tidak memberikan penalti kepada  Torpedo. Vladimir mula memekik dan mengungkapkan ayat seperti “penghinaan kepada bola sepak Rusia.”

Si pengulas perlawanan itu rasa geram. Dia mengambil keputusan untuk tidak mengulas separuh masa kedua perlawanan.

Terpinga-pingalah penonton di kaca TV tanpa ulasan.

Tidak kesal

Vladimir memberitahu media Rusia bahawa dia tidak kesal dengan tindakannya itu. Rupa-rupanya Vladimir menjadi pengulas perlawanan televisyen untuk kelab Torpedo.

Di liga bawahan Rusia, kelab dibenarkan melantik pengulas perlawanan sendiri untuk siaran langsung di kaca TV. Ia membantu kerana Rusia mempunyai keluasan yang sangat besar. Ia membantu menjimatkan kos perjalanan krew televisyen.

Tidak hairanlah ulasan mereka bercampur emosi kerana sayangkan kelab!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN