FIFA Gantung Pakistan Daripada Pentas Antarabangsa

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu kenyataan semalam berkata, Pakistan telah digantung daripada bola sepak antarabangsa berkuatkuasa serta-merta selepas badan induk bola sepak dunia itu mendapati terdapat campur tangan pihak ketiga dalam Persekutuan Bola Sepak Pakistan (PFF).

Penggantungan itu bermakna skuad kebangsaan Pakistan tidak boleh bermain dalam mana-mana pertandingan di peringkat antarabangsa dan PFF tidak akan mendapat apa-apa manfaat daripada program pembangunan dan latihan FIFA.

Menurut FIFA, pengurusan PFF didapati tidak menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan hal ehwalnya secara bebas tanpa campur tangan pihak ketiga mengikut statut FIFA.

“Penggantungan itu akan ditarik semula jika pejabat PFF dan akaunnya dikembalikan semula kepada PFF,” menurut kenyataan daripada FIFA.

Pakistan kini menghuni tangga ke 200 dunia dan kedudukan ranking daripada 211 pasukan. Kali terakhir mereka beraksi dalam perlawanan antarabangsa ialah ketika seri 0-0 ke atas pasukan Yemen dalam kelayakan Piala Dunia pada bulan Mac 2015.

Barisan skuad kebangsan Pakistan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN