Penyokong Chelsea Salahkan Hazard Sebagai Punca Mereka Dijadualkan Bertemu Real Madrid

Eden Hazard kini mungkin menjadi antara bekas pemain yang paling dibenci oleh penyokong Chelsea selepas beliau dipersalahkan sebagai punca mengapa The Blues dijadualkan bertemu Real Madrid di pentas saingan Champions League.

Segelintir penyokong Chelsea menyalahkan Hazard sebagai punca mengapa mereka dipertemukan dengan Real Madrid di pentas pertandingan terbesar di benua Eropah itu.

Walaupun Chelsea berjaya menewaskan Leeds United dan Leicester City dalam saingan Premier League baru-baru ini, namun sepertinya mereka masih belum berpuas hati dengan situasi terkini mereka dalam saingan liga.

Hal ini kerana ramai pihak terutama para penyokong merasakan yang Chelsea sebenarnya sedang melalui musim terburuk mereka selepas melihat bagaimana mereka berbelanja sejak kebelakangan ini.

Walaupun sudah mengeluarkan dana yang cukup besar, namun Chelsea masih gagal untuk bersaing dalam saingan liga dengan mereka kini hanya berada di kedudukan ke-10 sahaja dalam carta saingan Premier League.

Bahkan The Blues juga berpotensi untuk tidak layak ke saingan Champions League musim hadapan kerana mereka sedikit jauh untuk merebut kedudukan empat teratas dalam saingan liga.

Walau bagaimanapun, The Blues masih berpeluang untuk layak seandainya mereka mampu untuk menjuarai saingan Champions League musim ini.

Selepas kejayaan mereka menewaskan Borussia Dortmund dalam saingan Champions League baru-baru ini, ramai penyokong yang mula percaya yang mereka akan mampu menjulang gelaran Eropah itu pada musim ini.

Selepas melihat undian untuk peringkat suku akhir, Juara saingan Champions League musim 2021 itu dijadualkan akan bertemu Real Madrid dan ia merupakan kali kedua berturut-turut kedua-dua pasukan itu diundi untuk bertemu.

Chelsea juga turut bertemu Los Blancos ketika mereka menjuarai saingan Champions League sebelum ini dengan mereka menyingkirkan gergasi La Liga itu di peringkat separuh akhir.

Chelsea layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan Real Madrid untuk bertemu Manchester City dengan kelab dari London itu cemerlang memenangi aksi perlawanan akhir tersebut untuk bergelar juara.

Ia menjadikan ini perlawanan ketiga kedua-dua pasukan itu dipertemukan dan ia juga merupakan impian Hazard sejak dari awal beliau meninggalkan kelab.

Ketika Hazard meninggalkan Chelsea untuk menyertai Real Madrid, beliau sebenarnya ada membuat satu permintaan aneh dan hal itu sepertinya kini sudah menjadi kenyataan.

“Chelsea dan terutama penyokong Chelsea akan sentiasa menjadi sangat istimewa untuk saya.”

Tulis Hazard di laman media sosial miliknya selepas meninggalkan Stamford Bridge.

“Dan musim hadapan saya akan melihat kepada keputusan kamu dahulu.”

“Saya harap kita akan diundi bertemu satu sama lain di pentas saingan Champions League musim hadapan dan setiap musim berikutnya, jadi kita boleh bertemu lagi.”

Melihat permintaan Hazard itu sepertinya menjadi kenyataan kini, para peminat mula menyalahkan bintang Belgium itu dan menganggap beliau sebenarnya sengaja mahu melihat The Blues bergelut.

Status beliau sebagai legenda kelab juga sepertinya semakin terancam dengan peminat sepertinya semakin membenci beliau.

Musim pertama beliau selepas meninggalkan kelab merupakan satu-satunya musim yang mana bekas kelabnya tidak dijadualkan bertemu kelab barunya di pentas saingan Champions League.

Namun begitu, penyokong Chelsea sebenarnya tidak perlu begitu bimbang kerana mereka hanya tewas sekali sahaja dari 4 pertemuan mereka bertemu skuad kendalian Carlo Ancelotti itu.

Masa depan Hazard bersama kelab juga sepertinya agak samar-samar dan beliau dilaporkan mungkin akan meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.

Kebanyakkan penyokong Chelsea sangat berharap agar beliau memilih untuk kembali ke Stamford Bridge, namun sepertinya kini perasaan itu sudah tidak sama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN