Ancelotti Dedah Bagaimana Cara Real Madrid Bangkit Ketika Bertemu Liverpool

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti mendedahkan tentang apa yang menyemangatkan skuadnya untuk melakukan aksi comeback yang sungguh luar biasa dahsyat ketika bertemu Liverpool awal pagi tadi.

Ancelotti menunjukkan sikap terpuji dengan beliau sama sekali tidak sombong walau sudah mencatatkan kemenangan selesa bertemu Liverpool di pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

Real Madrid berjaya bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk mencatatkan kemenangan selesa 5-2 menewaskan Liverpool di Anfield.

Melihat kepada keputusan perlawanan tersebut, rata-rata peminat percaya yang Real Madrid sudah hampir pasti untuk layak ke peringkat suku akhir.

Namun begitu, pengurus pasukan, Carlo Ancelotti sama sekali tidak berfikiran seperti itu dengan beliau percaya yang Liverpool sebenarnya masih berkesempatan untuk layak ke peringkat seterusnya.

Liverpool terlebih dahulu mendahului perlawanan pada minit ke-5 permainan menerusi Darwin Nunez.

The Reds kemudiannya menggandakan kedudukan selepas Mo Salah berjaya memanfaatkan kesilapan Thibaut Courtois untuk gol kedua pasukan tuan rumah.

Ketinggalan 2-0, Real Madrid tidak menyerah dengan skuad The Los Blancos itu berjaya melakukan comeback untuk menewaskan Liverpool 5-2.

Bekalan 3 gol untuk dibawa beraksi ke halaman sendiri sepertinya sudah sangat cukup selesa untuk anak-anak buah Carlo Ancelotti.

Ancelotti mendesak agar anak-anak buahnya meneruskan rentak cemerlang pada hari ini untuk berdepan Liverpool di Santiago Bernabeu nanti.

“Kami memanfaatkan kesempatan selepas 90 minit. Sekarang kami perlu urus dan kawal apa saja situasi pada aksi leg kedua di Madrid nanti.”

Jelas pengurus dari Itali itu.

Ancelotti dedah punca kebangkitan Real Madrid ketika bertemu Liverpool

Carlo Ancelotti turut bercakap tentang bagaimana proses kebangkitan Real Madrid selepas skuadnya itu ketinggalan 2-0 pada awal aksi babak pertama permainan,

Pengurus Real Madrid itu mendedahkan yang kebangkitan Los Blancos hari ini sama seperti situasi ketika mereka melakukan comeback ketika bertemu Manchester City pada aksi peringkat separuh akhir tahun lalu.

“Liverpool merupakan pasukan yang sangat kompetetif dan mencipta banyak masalah kepada kami pada awal mula permainan dan kami perlu fikir langkah yang sama (comeback bertemu Man City).

“Mereka akan buat kami menderita. Tapi semuanya belum berakhir, Saya tak boleh kata perlawanan ini sudah berakhir.”

“Apa yang saya fikir ketika kami ketinggalan 2-0? Saya teringat Manchester City ketika aksi separuh akhir musim lalu. Kami perbaiki persembahan dalam perlawanan itu. Saya berharap hal yang sama akan berlaku dan bahkan kami berjaya lakukan yang lebih baik daripada itu.”

“Pada awalnya ia sedikit sukar untuk diramal, tapi kami tahu kami boleh hadapi tekanan yang ada.”

Ancelotti turut memuji semangat juang anak-anak buahnya yang telah mempamerkan aksi persembahan sungguh luar biasa dahsyat pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut.

Leave a Reply