Penyokong Arsenal Yakin The Gunners Bakal Menjuarai Gelaran Premier League Musim Ini

Penyokong Arsenal kini sangat optimis yang The Gunners bakal mampu untuk menjulang gelaran Premier League musim 2022/23 nanti.

Selepas melalui aksi pra-musim dengan rekod 100 peratus kemenangan, The Gunners kini sudah mula berangan-angan mahu membawa pulang gelaran liga ke bumi Emirates.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu berjaya mencatatkan lima kemenangan dari lima aksi pemanas badan mereka pada musim panas ini.

https://twitter.com/EBL2017/status/1553756485615816705?t=GtXVtDNW8kme3np7b3z_bw&s=19

Arsenal bahkan turut berjaya menjaringkan 20 gol dari kesemua lima perlawanan tersebut dan ia merupakan satu rekod yang sangat menakjubkan.

Jentera serangan mereka jelas sekali sangat berkesan dan kehadiran pembelian musim panas kelab, Gabriel Jesus sangat membantu skuad Gunners menghasilkan gol.

Pemain kebangsaan Brazil itu berjaya memberikan impak seperti yang diharapkan dengan beliau berjaya menjaringkan tujuh gol dari lima perlawanan bersama The Gunners.

Melihat kecemerlangan skuad kendalian Mikel Arteta itu, para penyokong Arsenal mula menyatakan kepercayaan mereka tentang kebolehan skuad untuk menjuarai saingan Premier League musim ini.

Para peminat sangat yakin yang skuad Arsenal pada musim baru ini benar-benar mantap dan bersedia untuk memenangi sesuatu.

Gunners pada musim lalu berjaya mengakhiri saingan Premier League di kedudukan kelima seterusnya melayakkan mereka untuk beraksi di pentas saingan Europa League.

Melihat kepada kemampuan skuad Arsenal pada musim baharu ini, tidak akan mengejutkan sama sekali andai mereka akan mampu untuk bersaing merebut gelaran Europa League musim baharu ini.

Mereka juga berpotensi untuk setidak-tidaknya memenangi satu piala andai skuad kendalian Mikel Arteta itu konsisten mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka.

Musim lalu, ketika skuad Arsenal berjaya merekodkan beberapa kemenangan secara berturut-turut hingga membawa mereka dari kedudukan ke-19 hingga ke kedudukan keenam, para penyokong turut meluahkan keyakinan yang sama.

Mereka ketika itu merasakan tidak mustahil untuk Gunners memintas Liverpool dan Man City di puncak saingan liga andai mereka mampu konsisten mencatat kemenangan demi kemenangan.

Walau bagaimanapun, harapan para penyokong terkubur selepas Arsenal berdepan beberapa siri kekalahan yang menyebabkan mereka semakin jauh ditinggalkan oleh Liverpool dan Man City.

Mereka bahkan turut dipintas oleh Tottenham Hotspur, seterusnya mengesahkan yang skuad kendalian Mikel Arteta itu hanya akan beraksi di pentas saingan Europa League sahaja musim ini.

Adakah keyakinan para penyokong Arsenal akan dibalas dengan kejayaan oleh The Gunners? Atau mereka hanya akan mampu bersaing merebut kedudukan empat teratas sahaja dalam saingan liga? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN