Antara Nunez Atau Haaland, Siapa Akan ‘Pegang’ Premier League Musim Ini?

Premier League Darwin Nunez Erling Haaland

Dua pencabar utama kejuaraan Premier League musim ini, Liverpool dan Manchester City mempertaruhkan penyerang baharu dengan The Reds mempunyai pemain muda Uruguay, Darwin Nunez manakala The Cityzen pula meraih khidmat bekas bintang sensasi Borussia Dortmund dari Norway – Erling Haaland.

Tidak dinafikan aksi sulung Nunez bersama The Reds ketika aksi pra-musim berdepan Manchester United di Thailand mengecewakan dengan pasukannya turut tumbang 4-0.

Namun, Nunez bangkit selepas itu apabila menjaringkan empat gol ketika membelasah RB Leipzig 5-0 dalam aksi persahabatan di Leipzig pada 22 Julai lalu.

Aksi cermelang Nunez berterusan ketika aksi merebut FA Community Shield, biar pun turun sebagai pemain gantian bekas penyerang Benfica ini berjaya meraih gol ketiga perlawanan untuk memastikan kemenangan 3-1 Liverpool ke atas City.

Sebelum saingan musim ini bermula, terdapat segelintir peminat gusar terhadap kemampuan Nunez, apatah lagi beliau mempunyai rupa seiras bekas penyerang Liverpool, Andy Carroll yang gagal bersama juara Eropah enam kali ini dulu.

Namun, bagi saya Nunez adalah seorang penyerang berkualiti dan dibawah kendalian Jurgen Klopp tidak mustahil dia bakal menjadi penyerang berkelas dunia di saingan Premier League.

Keyakinan saya adalah berlandaskan rekod Nunez sebelum ini dan juga kejayaan Klopp membentuk beberapa pemain menjadi bintang selepas menyertai Liverpool.

Nunez meledak 32 gol dalam 57 penampilan bersama Benfica dan sebelum itu bersama Almeria di La Liga, beliau meledak 16 gol daripada 30 perlawanan.

Kehadiran Nunez juga kemungkinan bakal mengubah sedikit corak permainan Liverpool hal ini kerana beliau adalah penyerang “nombor sembilan” tulen dan mereka sebelum ini lebih banyak beraksi tanpa peyerang tulen.

Tambahan pula, Liverpool juga lebih banyak menyandarkan harapan gol kepada pemain sayap mereka, iaitu Mohamed Salah dan Sadio Mane sebelum ini.

Dengan rakan sepasukan yang kerap membantu beliau menyesuaikan diri, saya percaya Nunez akan cemerlang untuk saingan Premier League musim ini.

Klopp sebelum ini menjadikan Salah pemain berstatus bintang apabila beliau menyertai Liverpool pada 2017 dari AS Roma.

Bukan saja Salah, tetapi juga Mane, Andrew Robertson, Fabio Carvalho dan Alisson Becker berjaya meningkatkan aras permainan mereka ke tahap lebih tinggi bersama Liverpool dan seterusnya menjadi pemain berkelas dunia.

Jadi saya optimis Nunez akan menyinar namun jika tanya sama ada beliau atau Haaland yang akal lebih menyinar musim ini sukar untuk kita beri kepastian.

Haaland mungkin gagal beraksi cermelang ketika berdepan Liverpool tempoh hari namun, saya percaya bintang sensasi Norway ini akan segera bangkit selepas ini bagi membuktikan kredibilitinya.

Berbeza dengan pendekatan Liverpool yang membentuk pemain yang kurang dikenali menjadi bintang dunia, City pula adalah pasukan himpunan bintang berkelas dunia.

Dengan adanya pemain bekelas dunia seperti Kevin De Bryune, Phil Foden dan Jack Grealish, tidak mustahil buat Haaland kembali bangkit selepas ini dalam saingan Premier League.

Berbekalkan reputasi 62 gol dalam 67 perlawanan dengan Dortmund, Haaland pasti mahu mengukuhkan kredibilitinya di England selepas ini.

Jadi saya percaya kedua-dua Nunez dan Haaland akan sama-sama menyinar musim ini malah, tidak mustahil kelibat mereka berdua menjadi seperti Thierry Henry dan Ruud Van Nistelroy yang bersaing sesama mereka satu ketika dulu.

Kedua-dua pemain ini masih muda dan jika cemerlang dan kekal lama di Premier League, tidak mustahil pelbagai kejuaraan bakal dimenangi mereka berdua bersama pasukan masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN