5 Gol Yang Pernah Buatkan Liga Malaysia ‘Mendonia’

Liga Malaysia

Harus kita akui, saingan Liga Malaysia bukanlah liga yang terulung atau pun paling diikuti di dunia.

Kalau diikutkan, saingan domestik negara kita masih lagi berada di belakang liga-liga utama Asia seperti J-League, J1 League dan juga Saudi Pro League. Namun begitu, Liga Malaysia masih tidak lekang dengan tumpuan yang diberikan kepada mereka.

Saban tahun, akan ada saja jaringan-jaringan yang terhasil dengan begitu cantik dalam aksi Liga-M. Jaringan-jaringan itu bukan sekadar tular di negara kita, malah turut mendapat perhatian media-media terulung antarabangsa.

Antara adalah gol kemenangan Negeri Sembilan yang dijaringkan oleh Sean Selvaraj pada minit ke-88 ketika menentang Selangor semalam.

Jaringan tersebut mendapat perhatian dari Bleacher Report Football (BR Football) dengan gol Sean itu disiarkan di laman mereka.

Begitu cantik percubaan Sean itu yang buatkan Sam Sommerville terdiam di pintu gol Selangor. Cara yang hebat untuk menjaringkan gol kemenangan menentang bekas pasukan anda!

Tetap ada ke gol-gol lain yang buatkan Liga Malaysia ‘mendonia’? Semestinya ada!

Fernando Forestieri lawan Negeri Sembilan (2022)

Satu lagi gol yang membuatkan Liga Malaysia ‘mendonia’ pada musim ini adalah kerana jaringan Fernando Forestieri ketika bertemu Negeri Sembilan.

Di saat perlawanan hampir saja berakhir dengan seri, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang banyak kali menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir berjaya mengecewakan skuad Jang menerusi ayam tambatan mereka.

Forestieri yang memperoleh bola di luar kotak penalti Negeri Sembilan kemudiannya melancarkan ‘roket’ untuk menewaskan Syihan Hazmi pada detik-detik terakhir permainan bagi memberikan JDT kemenangan 1-0.

Gol tersebut kemudiannya mendapat perhatian Sky Sports di Twitter.

Park Tae-su lawan PJ City (2021)

Musim lalu, pemain Sabah iaitu Park Tae-su telah menarik perhatian ramai apabila menjaringkan sepakan percuma yang cukup cantik dari jarak 40 meter.

Jaringan tersebut terhasil ketika pertemuan Piala Malaysia antara Sabah dan juga PJ City di Kelana Jaya.

Rembatan deras Park yang tidak mampu dihalang penjaga gol itu mendapat perhatian laman Twitter rasmi FIFA!

Herold Goulon lawan Perak (2019)

Pada 2019, Herold Goulon telah mencipta fenomena apabila rembatan dari tengah padang beliau berjaya menewaskan Hafizul Hakim di pintu gol.

Dalam aksi separuh akhir Piala FA antara Pahang dan Perak di Stadium Darul Makmur itu, Goulon merembat terus bola sepakan percuma dari tengah padang dengan cukup deras untuk menewaskan Hafizul.

Gol tersebut membolehkan Pahang memperoleh kelebihan menjelang separuh akhir kedua di Ipoh sebelum mereka tumbang pada aksi timbal balik.

Jaringan itu berjaya mendapat perhatian The Guardian di laman Twitter mereka!

Endrick Dos Santos lawan Sarawak United (2020)

Stadium Bandaraya di Pulau Pinang benar-benar menjadi destinasi di mana jaring-jaringan cantik terhasil.

Buktinya adalah ketika 2020 satu jaringan berpasukan yang paling cantik dalam sejarah bola sepak Malaysia terhasil ketika Pulau Pinang bertemu Sarawak United.

Gerakan berpasukan melibatkan empat bermula dari tengah padang apabila mereka berjaya mencuri bola dari pemain lawan.

Ianya kemudiannya bergerak dengan cukup lancar sebelum Endrick Dos Santos menyudahkannya dengan tenang.

Jaringan tersebut mendapat perhatian laman 433 di Twitter dan juga Instagram!

Faiz Subri lawan Pahang (2016)

Seperti yang penulis katakan, Stadium Bandaraya menjadi gelanggang terhasilnya gol-gol cantik dan jaringan daripada Faiz Subri ini adalah yang teratas.

Ketika saingan Liga Super, Faiz meledak jaringan ini dan ianya terus tular ke seluruh negara dan dunia.

Gol Faiz ini kemudiannya diangkat sebagai pemenang Anugerah Puskas oleh FIFA dengan ianya berjaya menewaskan jaringan Lionel Messi dan Neymar yang turut tercalon pada waktu itu.

Gol Faiz itu menerima perhatian banyak media-media utama dunia. Selain BR Football, laman FIFA, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan banyak lagi turut berkongsi jaringan ajaib itu.

Sungguh hebat, kebangaan Malaysia dan Asia!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN