Liga Super: Sri Pahang ‘Ajar’ Kedah Cara Bermain Bola Sepak Sebenar Di Laman Sendiri

Sri Pahang tampil cemerlang pada perlawanan Liga Super malam ini setelah mereka berjaya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) dengan keputusan 2-0 di Stadium Darul Makmur.

Steven Rodriguez tampil cemerlang selaku penyerang Sri Pahang apabila pemain tersebut berjaya meledak dua gol untuk membantu kemenangan pasukan diwakilinya malam ini.

KDA pula tampil dengan serba tidak menjadi apabila mereka dilihat sukar untuk menyesuaikan diri dalam corak permainan mereka sepanjang 90 minit perlawanan sehingga berjaya diatasi lawan untuk mencatat gol.

Seawal lima minit permainan menyaksikan kedua pasukan tersebut saling berhati-hati dalam menyusun gerakan, apabila tidak begitu agresif serta rentak perlawanan dilihat agak perlahan.

Baik Sri Pahang atau KDA, kedua pasukan ini dilihat seimbang dalam menguasai perlawanan serta masing-masing berjaya mencipta beberapa siri serangan menuju tepat ke arah penjaga gol.

KDA dilihat sedikit bermasalah dalam menyusun gerakan lebih baik untuk menuju ke bahagian pertahanan lawan apabila mereka kerap melepaskan hantaran dengan agak sia-sia.

Berbanding tuan rumah, Sri Pahang jelas lebih tenang dan kadar ketepatan mereka dalam membuat hantaran juga sangat baik untuk mencari ruang mencipta sesuatu di bahagian gol pelawat.

Hasil serangan balas pantas dibuat tuan rumah, Sri Pahang berjaya memperoleh jaringan pertama mereka pada minit ke-32 menerusi Steven Rodriguez, yang berjaya membuat sepakan lambung untuk memperdayakan Ifwat Akmal yang sedikit keluar dari posisinya di gawang gol.

Bersambung di separuh masa kedua, tidak banyak peningkatan dapat dibuat oleh KDA walaupun ada pertukaran dilakukan apabila Sri Pahang masih lagi kukuh untuk mendominasi perlawanan dengan berkelebihan satu gol.

Sri Pahang terus menambah luka buat pasukan pelawat apabila berjaya meraih gol kedua mereka juga menerusi Steven Rodriguez pada minit ke-66 untuk meletakkan kedudukan semasa 2-0 di Stadium Darul Makmur.

Penyerang utama Sri Pahang itu hampir mencatat hatrik malam ini setelah mempunyai beberapa lagi peluang untuk menambah gol buat tuan rumah, namun kali ini Ifwat enggan membiarkan gawangnya untuk terus dibolosi lagi.

Melewati penghujung perlawanan, KDA tampil dengan beberapa percubaan dilancarkan untuk mencari satu gol sekurangnya menerusi Al-Mardi dan beberapa lagi pemain, namun mereka masih lagi gagal untuk mendapatkan sesuatu.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dengan Sri Pahang cemerlang menewaskan KDA di laman sendiri dengan keputusan 2-0 untuk terus memberi keyakinan buat para penyokong Tok Gajah.

Kesebelasan Utama

Sri Pahang: Mamadou Samassa (Penjaga gol), Nicholas Ryan Swirad, Kevin Langbehn Ingreso, Andres Steven Rodriguez Ossa, Abdul Malik Mat Ariff, Muhamad Baqiuddin Shamsudin, Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Mohamad Muslim Ahmad (Kapten), Mohamad Azwan Mohd Aripin, Sherzod Fayziev Naimovich, Manuel Federico Hidalgo Gasparini

Kedah Darul Aman (KDA): Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim, Mohd Akmal Md Zahir, Rodney Celvin Akwensivie, Muhammad Khairu Azrin Khazali, Mahmoud Nayef Ahmad Almardi, Mohamad Heshamudin Ahmad, Wanja Ronald Ngah, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli, Mohd Syazwan Zainon (Kapten), Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Sanrawat Detchmitr

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN