Penyerang Muda Yang Berkelana Di Bosnia Jadi Rekrut Terbaharu Kedah?

Kedah Darul Aman (KDA) ketika ini dilihat semakin hampir untuk melengkapkan skuad mereka, setelah beberapa kemasukan pemain baharu telah diumumkan baru-baru ini.

Dalam misi untuk merebut kejuaraan saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan, pasukan tersebut sah menandatangani beberapa pemain tempatan serta import baharu untuk memperkukuhkan skuad.

Menerusi rombakan yang dibuat tahun lalu, pasukan tersebut juga sudah pun menyingkirkan ramai pemain senior serta menandatangani khidmat bintang lebih muda yang dilihat bersesuain dengan falsafah Nafuzi Zain.

Terbaharu, KDA dilaporkan akan menandatangani khidmat penyerang muda yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor dan kini beraksi di Bosnia iaitu Muhammad Rafieq Al-Amzar Zulkifeli.

Perkara itu disahkan sendiri menerusi wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam Di Twitter dengan menyatakan Rafieq bakal menandatangani kontrak bersama KDA.

“Rafieq Al-Amzar Zulkifeli tinggalkan kelab Bosnia NK Zvijezda Gradacac apabila difahamkan bakal menandatangani kontrak bersama Kedah Darul Aman FC untuk perkuat skuad Reserve League sebagai permulaan,” jelas kenyataan tersebut.

Rafieq antara pemain muda yang dilihat sangat berpotensi buat negara, selepas beliau berjaya memberi impak yang baik di Bosnia bersama kelab tempatan iaitu NK Zvijezda Gradacac.

Walaupun baru berusia 19 tahun, Rafieq telah pun berjaya menembusi skuad utama untuk mencipta beberapa penampilan selaku penyerang utama bersama pasukan berkenaan.

Malah, Rafieq juga berjaya membuktikan beliau tampil di sana untuk memberikan impak penting, selepas pemain tersebut berjaya meledak satu gol ketika aksi persahabatan bertemu Reprezentacija Grada Gradačac pada dua tahun lalu.

Walaupun begitu, mungkin faktor cabaran yang terlalu besar di sana menjadikan Rafieq kembali ke Malaysia untuk mempertajamkan lagi kualitinya selaku penyerang.

Tambahan beliau juga masih lagi muda dan mempunyai banyak masa untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada bersama KDA sebelum bercadang untuk kembali ke luar negara.

Menerusi penyertaan Rafieq, ia dilihat memberi nilai tambah terbaharu buat KDA pada musim hadapan untuk posisi serangan berdasarkan pengalaman dimiliki beliau sebelum itu di Bosnia.

Selain Rafieq, difahamkan KDA juga bakal mengikat seorang lagi penyerang muda kebangsaan dari Selangor iaiti Nazrin Nasir untuk musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN