Pemilik Bekasi City Harap Indonesia ‘Tiru’ Malaysia Dalam Memajukan Saingan Liga Domestik

Pemilik kelab Bekasi City yang kini beraksi dalam saingan divisyen kedua Liga Indonesia, Atta Halilintar telah pun meluahkan hasrat untuk melihat ada kemajuan yang baik dalam suasana bola sepak negara mereka pada masa akan datang.

Menurut Atta, jelas beliau sangat berharap agar Liga Indonesia mampu tampil dengan lebih baik dan berada pada satu tahap seperti negara Asia Tenggara lain seperti Malaysia.

Perkara ini dijelaskan beliau sendiri kepada CNN Indonesia ketika Atta bersama Erick Thohir untuk penyerahan nama selaku Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang baharu.

Jelas Atta yang juga merupakan selebriti tempatan popular di sana, beliau berharap banyak perkara dapat dicapai oleh Indonesia dalam usaha untuk tampil lebih baik seperti negara-negara terdekat lain.

“Harapan saya, semoga ada langkah baharu dan perubahan lebih baik pada masa akan datang untuk bola sepak Indonesia.

“Sudah pasti saya ingin suasana bola sepak seperti negara lain yang baik iaitu Liga Malaysia, Thailand, Singapura yang dilihat semakin pesat kemajuan mereka.

“Kenapa pula kita masih lagi agak mundur? Sudah tentu kita pun mahu maju sama seperti mereka,” jelas Atta kepada wakil laman sukan tersebut.

Pada masa sama, Atta juga memasang impian semoga bola sepak di Indonesia juga akan bertambah baik dan melangkah ke arah lebih positif.

“Menurut saya, yang penting dapat memperjuangkan bola sepak negara ke arah lebih baik. Semua pun tahu kita mempunyai ramai penyokong sukan berkenaan.

“Apapun, doakan sahaja yang terbaik untuk bola sepak kita pada masa akan datang. Terus berikan doa yang terbaik,” tambah beliau.

Atta antara individu yang kecewa sebelum itu kerana saingan Liga 2 Indonesia telah dihentikan oleh PSSI untuk musim ini menerusi suatu pengumuman rasmi.

Luahan kecewa itu dinyatakan sendiri oleh Atta menerusi Instagram beliau, selepas pengumuman tersebut dibuat dengan sindiran seolah ditujukan buat pengelola liga berkenaan.

Tambahan pula, kelab milik beliau iaitu Bekasi Ciry berada pada momentum terbaik ketika ini untuk mendapatkan slot ke saingan liga utama pada musim hadapan.

Musim ini menyaksikan hanya Liga 1 Indonesia sahaja yang masih diteruskan, selepas mereka berehat panjang untuk memberi laluan siasatan Tragedi Kanjuruhan.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN