Bintang Yang Dicanang Hebat Indonesia Kini Semakin Malap, Mana Silapnya?

Pemain bintang Indonesia yang pernah mencipta karier di Eropah iaitu Egy Maulana Vikri antara nama yang kini disebut-sebut dalam kalangan penyokong Sang Garuda, selepas tampil kurang memberansangkan.

Egy yang menjadi antara tonggak Indonesia untuk saingan Piala AFF 2022 ini jelas tampil dengan sangat mengecewakan dari kualiti permainan dan ketajaman beliau di hadapan gol.

Pemain yang mencipta nama di Eropah sebelum itu pernah beraksi dalam saingan utama di Poland iaitu Lechia Gdanks selama beberapa musim sebelum berhijrah ke Slovakia.

Di Slovakia, Egy telah pun menyertai dua kelab iaitu Senica serta Zlate Moravce sebelum kontrak beliau ditamatkan lebih awal atas persetujuan bersama.

Sebenarnya rekod Egy di Slovakia tidak terlalu teruk ketika bersama Senica, selepas pemain ini mencatat dua jaringan serta empat bantuan gol daripada 26 penampilan bersama.

Namun, momentum itu tidak dapat diteruskan selepas Egy bersamaZlate Moravce apabila beliau hanya merekodkan satu sahaja bantuan gol daripada sembilan aksi di atas padang.

Ketika ini, Egy masih lagi tidak mempunyai pasukan disertai beliau dan tanda tanya mula timbul jika pemain tersebut akan kembali bersama Indonesia untuk menandatangani kontrak dengan mana-mana kelab tempatan.

Para penyokong Indonesia juga jelas kurang berpuas hati dengan mutu permainan beliau baru-baru ini dalam saingan Piala AFF 2022, setelah Egy dilihat kurang tajam serta licik seperti kebiasaan.

Rata-rata penyokong seolah tidak percaya dengan penurunan prestasi yang dipamerkan oleh Egy, selepas beliau tampil sangat hebat pada awal karier dulu dalam dunia bola sepak.

Egy yang pernah tersenarai selaku 60 pemain terbaik yang lahir pada tahun 2000 itu menerusi The Guardian gagal memberi lebih dinamik buat serangan Indonesia.

Pada saingan Piala AFF baru-baru ini, Egy telah pun mengumpul dua jaringan peribadi ketika berdepan Kemboja dan Brunei Darussalam.

Malah, beliau juga sering tersenarai dalam kesebelasan utama oleh pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong yang mempercayai pengalaman dimiliki oleh Egy mampu memberi kelebihan buat serangan pasukan tersebut.

Tetapi, ianya tidak begitu berjalan lancar selepas Egy sering membuat kesilapan di atas padang termasuk melepaskan peluang terbuka untuk menjaringkan gol.

Malah, Egy turut ditegur oleh pengendali pasukan tersebut yang lambat membuat keputusan ketika sedang mengawal bola dengan beliau dilihat teragak-agak untuk membuat hantaran atau percubaan.

Hasil kelemahan pemain itu, Egy langsung tidak dibawa turun dalam senarai kesebelasan utama ketika aksi separuh akhir menentang vietnam dan hanya memanaskan bangku simpanan menyaksikan rakan sepasukan beliau beraksi.

https://twitter.com/broadcastbolang/status/1606233394714578944?s=46&t=7dFOa3zE1K7CEgRJVl8NeQ

Menurut Bola.com, sepanjang saingan tersebut berlangsung Egy gagal untuk mencipta sebarang bantuan gol buat rakan sepasukan, selain hanya berjaya membuat lima percubaan ke arah gol.

Walaupun pernah dijulang selaku pemain harapan buat Indonesia, ketika ini nasib Egy agak samar-samar menerusi penurunan prestasi beliau.

Apa yang boleh dibuat Egy ketika ini adalah untuk bermula kembali dari bawah bagi memperbaiki corak permainan serta memulihkan keyakinan beliau di atas padang.

Dengan usia masih muda, segalanya masih belum terlambat untuk Egy kembali menjadi pemain paling bernilai buat Indonesia jika beliau mampu berusaha dan mengekalkan disiplin.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN