Penyerang Muda Negara Kembali Sertai Saingan Liga Di Thailand?

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar
01:10
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Penyerang muda negara, Zafuan Azeman dilaporkan kembali menyertai pasukan lamanya di Thailand iaitu Uthai Thani FC menerusi perkongsiannya sendiri di media sosial, Facebook.

Terdahulu, Zafuan telah pun bersama Perlis United dalam saingan Liga M3 pada pertengahan tahun lalu selepas bersama Uthai Thani bagi aksi Thai League 2 di Thailand serta beraksi dalam beberapa perlawanan.

Musim terbaharu di Thailand menyaksikan pasukan tersebut kini beraksi di saingan Thai League 1 dan Zafuan sempat berkongsikan foto beliau bersama pasukan itu menjalani sesi latihan semalam.

Jika Zafuan menyertai Thai League 1, ia menjadikan beliau sebagai pemain kedua Malaysia yang beraksi di sana musim ini untuk saingan utama Thailand selain pertahanan sensasi kebangsaan iaitu Dion Cools.

Cools ketika ini merupakan sebahagian daripada tonggak penting buat Buriram United selain turut membawa pasukan itu beraksi dalam kejohanan AFC Champions League (ACL).

Mengenai Zafuan, pemain ini masih dianggap muda dan mempunyai potensi besar suatu hari nanti untuk mewakili skuad senior kebangsaan.

Pada awal karier, Zafuan merupakan antara pemain yang banyak menghiasi pasukan kebangsaan untuk peringkat bawah 19 tahun (B-19) di pentas antarabangsa dalam beberapa perlawanan.

Di Malaysia, Zafuan telah pun mencipta nama bersama beberapa pasukan iaitu Perlis, Kedah, Penang, Kelantan United, serta Perlis United pada tahun lalu di saingan M3.

Sebelum mewakili Uthai Thani di Thailand, Zafuan juga pernah beraksi untuk kelab Thai League 3 iaitu Angthong dan turut mencipta satu jaringan.

Kini, pemain tersebut dilaporkan mungkin sudah menyertai Uthai Thani kembali selepas beliau dilihat turut serta menjalani sesi latihan bersama pasukan tersebut.

Hadir dengan fizikal yang baik, Zafuan mempunyai kelebihan tersendiri untuk menyaingi mana-mana pertahanan menerusi kekuatan dimilikinya.

Malah, Zafuan juga berupaya untuk beraksi di beberapa posisi seperti tengah menyerang, dan sayap kanan selain selaku penyerang utama buat mana-mana pasukan.

Walaupun masih belum diketahui statusnya bersama pasukan tersebut, kami di Semuanya BOLA mendoakan supaya karier Zafuan terus berkembang tidak kira mana-mana pasukan diwakilinya pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN