Laungan ‘Free Palestine’ Bergema Di Saingan Piala Asia 2023

Sorakan untuk membebaskan Palestin daripada terus dijajah rejim Zionis akhirnya mula bergema dalam saingan Piala Asia 2023, selepas ia membabitkan perlawanan antara negara tersebut menentang UAE di Stadium Al Janoub, Qatar.

Menerusi perkongsian video daripada wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam, laungan ‘Free Palestine’ mula kedengaran sebelum aksi membabitkan kedua pasukan tersebut bermula dalam kalangan para penyokong.

Malah, rakaman video tersebut turut memaparkan sendiri kebanyakan penyokong membawa bendera Palestin serta mengenakan jubah bermotifkan bendera negara berkenaan.

Palestin menjadi antara negara menjadi tumpuan untuk saingan Piala Asia 2023 ini tatkala negara mereka masih mengalami pergolakan bersama rejim Zionis.

Untuk aksi terbaharu menentang UAE ini, mereka berjaya mencatat keputusan seri untuk memperoleh mata sulung mereka di saingan tertinggi Asia itu.

Ini kerana Palestin memulakan langkah mereka dalam saingan Asia dengan keputusan negatif selepas merekodkan kekalahan 1-4 di tangan salah satu pasukan gergasi, Iran.

Bertemu UAE, Palestin tampil dengan aksi lebih baik serta menguasai permainan sepanjang saingan berlangsung dalam misi merekanunruk mendapatkan mata pertama dalam kejohanan tersebut.

Walaupun ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama menerusi penyerang muda berbakat besar UAE iaitu Sultan Adil, pasukan itu berjaya mencipta kebangkitan pada babak kedua unruk memperoleh gol penyamaan.

Keputusan perlawanan kekal 1-1 walaupun Palestin tampil dengan penguasaan bola serta menonjol di posisi serangan dalam misi untuk mendapatkan kemenangan sulung mereka pada saingan kedua itu.

Untuk aksi seterusnya, skuad kendalian Makram Daboub itu akan bertemu Hong Kong pada 23 Januari bagi aksi terakhir Kumpulan C yang dianggap masih terbuka buat Palestin untuk cuba melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Hong Kong yang mencatat kekalahan 1-3 sebelum ini di tangan UAE bakal menghadapi aksi seterusnya pada pagi esok untuk menentang cabaran daripada Iran.

Kedudukan semasa peringkat Kumpulan C ketika ini menyaksikan UAE unggul di atas menerusi empat mata dikumpul hasil dua perlawanan diharungi mereka sebelum itu.

Iran berpeluang untuk memintas UAE ketika ini kerana mereka masih kekurangan satu perlawanan yang akan berlangsung pagi esok bertemu cabaran Hong Kong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN