Zafuan Azeman Beri Sebab Kenapa Sertai Perlis United Di Liga M3

Penyerang muda kebangsaan iaitu Muhammad Zafuan Azeman kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M), selepas berkelana di Thailand musim lalu bersama salah satu pasukan, Uthai Thani untuk saingan divisyen kedua.

Untuk rekod, Zafuan sebelum ini sudah pun mencipta nama dalam saingan Liga M pada usia masih muda untuk turut mendapat tempat bersama skuad kebangsaan serta beraksi bersama beberapa kelab di Malaysia.

Walaupun begitu, beberapa masalah seperti isu kecederaan serta hal dalaman kelab menjadikan nama Zafuan sedikit tenggelam sebelum pemain tersebut mewakili Uthai Thani di Thailand.

Salah satu kejayaan yang dilakar oleh Zafuan pastinya ketika pemain tersebut membantu Uthai Thani untuk mendapat slot beraksi dalam saingan divisyen utama musim hadapan selepas menduduki carta ketiga Thai League 2.

Namun, jodoh penyerang tersebut bersama kelab itu tidak panjang dan kini secara rasminya Zafuan menandatangani kontrak bersama Perlis United dalam saingan Liga M3.

Selain Uthai Thani, penyerang berusia 23 tahun itu juga pernah beraksi bersama Anthong FC untuk saingan divisyen ketiga Thailand selain mewakili Kedah, Perlis, Penang, PKNP, serta Kelantan United di Malaysia.

Pada usia muda, Zafuan boleh dianggap kaya dengan pengalaman sebagai pemain bola sepak profesional, setelah mewakili banyak kelab di Malaysia serta luar negara.

Kepulangan Zafuan ke negeri kelahirannya semula merupakan sesuatu yang dinantikan pemain tersebut dalam usaha beliau untuk kembali merebut tempat dalam kesebelasan utama bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan.

“Misi saya adalah untuk membantu Perlis United berada di kedudukan sekurang-kurangnya tiga pasukan terbaik dalam Liga M3 selain mencari minit permainan yang sukar untuk saya perolehi sebelum ini.

“Saya masih muda dan saya anggapkan selama dua tahun kebelakangan ini, saya banyak ‘membuang masa’ apabila dibayangi kecederaan, masalah dalaman pasukan serta kesukaran untuk menembusi kesebelasan utama.

“Jadi motivasi ini yang membuatkan saya untuk menjadi lebih berdaya saing terutama dalam merebut kesebelasan utama dalam pasukan Perlis United,” katanya menerusi Harian Metro.

Zafuan diperkenalkan secara rasmi oleh Perlis United yang kini beraksi dalam saingan Liga M3 dalam usaha pasukan tersebut untuk memperkasakan lagi posisi serangan mereka musim ini.

https://www.instagram.com/p/CqPe9HZSCwW/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==

Pada masa sama, Zafuan menyifatkan beliau masih mempunyai banyak masa untuk memperbaiki segalanya supaya tampil lebih baik pada masa akan datang.

“Tidak kiralah pasukan dari Liga Super Malaysia atau Liga 1 Thailand, sudah tentu penyerang setiap kelab yang ada ini pastinya adalah tenaga import luar negara menyebabkan saya akan menjadi pilihan kedua dan di sini ia akan mengurangkan lagi minit permainan saya.

“Oleh itu, Liga M3 tiada tenaga import jadi sudah tentu saya mahu berbakti kepada kelab negeri kelahiran saya sendiri dana saya kini berasa seperti bermula semula dengan Perlis United ini kerana kelab ini adalah platform terbaik untuk saya mendapat semula persembahan terbaik yang pernah saya tampilkan sebelum ini,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN