Penyerang Berbisa Dari Eropah Hampir Pasti Untuk Wakili Malaysia?

Penyerang berbisa dari Eropah yang dikatakan memiliki pertalian darah bersama Malaysia iaitu Ferdy Druijf dilaporkan kini sedang menyediakan dokumen penting untuk membuktikan beliau layak menjadi warganegara tempatan dengan status pemain warisan.

Ianya dilaporkan sendiri melalui laman FR Future Talents yang berkongsikan persiapan semasa Druijf untuk mewakili Harimau Malaya pada masa hadapan.

Druijf menjadi antara pemain yang cukup hangat diperkatakan kini dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, selepas laman itu mengesahkan beliau memiliki pertalian darah untuk didaftarkan selaku warganegara Malaysia.

Menurut pemain berusia 26 tahun itu, beliau perlu membuktikan neneknya merupakan warganegara Malaysia melalui dokumen terlebih dahulu sebelum sah mewakili skuad kebangsaan.

“Keinginan saya untuk bermain untuk Malaysia ada, tetapi buat masa ini saya sedang menyediakan dokumen yang membuktikan nenek saya dilahirkan di Malaysia,” ulas Druijf menerusi perkongsian laman berkenaan.

Pemain kelahiran Belanda itu antara bakat yang berjaya dikesan oleh FR Future Talents sebelum ini dan beliau antara yang mempunyai reputasi cukup tinggi dalam dunia bola sepak profesional.

Ketika ini, Druijf sedang beraksi dalam saingan Eredivisie di Belanda bersama PEC Zwolle dan telah meledak lima gol bersama dua bantuan jaringan daripada 15 perlawanan diharungi.

Sepanjang karier Druijf, statistik jaringan pemain ini boleh dianggap cukup menyakinkan walaupun baru berusia 26 tahun di pentas Eropah selaku penyerang utama.

Secara keseluruhan, beliau telah pun meledak lebih daripada 100 gol sepanjang pembabitan dirinya dalam kancah bola sepak profesional di Eropah bersama beberapa kelab diwakili.

Druijf juga menjadi antara pemain yang telah pun beraksi dalam kejohanan Europa League bersama AZ Alkmaar sebelum itu dan turut menyumbang beberapa gol.

Menerusi laporan lalu, pengendali skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon dikatakan berminat untuk mendapatkan sentuhan Druijf bagi memperkukuhkan aspek serangan Harimau Malaya.

Umum mengetahui posisi utama serangan Malaysia menjadi antara kelemahan paling ketara dan sukar untuk diatasi sejak beberaoa tahun lalu walaupun diperkuatkan oleh pemain naturalisasi.

Jika segalanya menjadi kenyataan dalam masa terdekat, berkemungkinan besar sisi kelemahan itu dapat diatasi Kim terutama membabitkan beberapa kejohanan antarabangsa termasuk saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN