Bekas Pemain Skuad Piala Dunia Nigeria Jadi Pertaruhan Baharu PDRM

PDRM secara rasminya telah pun menandatangani pemain import baharu mereka untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini bagi terus memperkukuhkan persiapan semasa pasukan.

Terbaharu, The Cops telah pun memperkenalkan pemain tengah import mereka untuk saingan musim ini iaitu Chidi Osuchukwu dan bakal menjadi perancang baharu mereka di posisi tengah.

Untuk rekod, Chidi telah pun beraksi dalam saingan divisyen utama di Kazakhstan musim lalu bersama salah satu kelab berpengaruh iaitu FC Aksu.

Musim lalu menyaksikan beliau telah pun beraksi sebanyak 25 perlawanan secara keseluruhan dan merekodkan dua gol bersama empat bantuan jaringan buat Aksu.

Pemain dari Nigeria itu juga turut beraksi dalam saingan Kelayakan UEFA Europa Conference League (UECL) musim lalu untuk satu perlawanan ketika menentang Zrinjski Mostar.

Lebih menarik, Chidi juga merupakan rakan sepasukan kepada Faith Friday Obilor yang sebelum itu juga sah ditandatangani PDRM dan bertindak selaku pertahanan.

Secara keseluruhan, Chidi telah pun beraksi sebanyak 242 perlawanan dalam karier bola sepak profesional dan telah pun menghasilkan 17 gol bersama 23 bantuan jaringan.

Selain itu, beliau juga merupakan salah satu tonggak utama buat Nigeria bawah 20 (B-20) serta turut beraksi dalam saingan Piala Dunia pada tahun 2013.

Bersama Nigeria, Chidi memastikan mereka layak ke pusingan 16 terbaik sebelum pasukan itu disingkirkan oleh Uruguay menerusi keputusan 1-2.

Selain berkelebihan selaku perancang utama pasukan, Chidi juga memiliki kelebihan beraksi di posisi tengah bertahan menerusi kualiti bacaan bola beliau yang tepat serta pantas menutup segala ruang cuba dijana pasukan lawan.

Pastinya Chidi bakal menjadi pertaruhan utama The Cops pada saingan musim ini untuk digandingkan bersama pemain kebangsaan Jordan iaitu Fadi Awad.

PDRM yang tampil dengan elemen kejutan pada tahun lalu menerusi kejayaan mereka menewaskan Kedah Darul Aman (Kedah), Selangor, dan Sabah menyaksikan The Cops pastinya menjadi tumpuan utama saingan musim 2024/2025.

Beberapa rombakan telah dibuat oleh PDRM sebelum itu dengan ianya membabitkan beberapa pemain tempatan dan senior demi menjadi lebih kuat.

Dijangka, PDRM berkemungkinan akan memperkenalkan seorang lagi pemain import yang beraksi di posisi utama serangan dengsn khabar angin sebelum itu menyatakan bekas peledak berbisa Kedah, Ifedayo Olusegun menjadi pilihan utama The Cops.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN