FAM Terima Fitnah ‘Surat Layang’ Dengan Hati Terbuka

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang melalui detik getir selepas mereka terpalit dengan isu tuduhan sangat berat melalui satu surat layang yang menjadi tular di media sosial.

Menerusi hantaran surat layang misteri itu, beberapa pertuduhan berat telah dilemparkan kepada badan tersebut dengan membabitkan beberapa individu termasuk Setiausaha Agung FAM iaitu Datuk Noor Azman Rahman.

Terpalit dengan tuduhan yang dianggap fitnah itu, Noor Azman tampil memberi pandangan beliau sendiri dengan mengakui dirinya menerima fitnah tersebut dengan hati yang terbuka.

Jika dilihat pada pertuduhan itu, tuduhan dilemparkan kepada beliau boleh dianggap cukup berat dan jelas mampu mencalarkan namanya sendiri menerusi pandangan diberikan oleh peminat bola sepak Harimau Malaya.

Walaupun begitu, Noor Azman mengakui sedia memaafkan individu yang melemparkan fitnah tersebut kepada beliau menerusi surat layangan tersebut sambil menyatakan tidak mahu si pelaku meninggal dunia suatu hati nanti bersama dosa tersebut.

Pada masa sama, beliau yang dianggap memberi sumbangan besar buat bola sepak Malaysia itu juga sangat kecewa akan pertuduhan tersebut sambil mengakui dirinya menyerahkan segala-gala kepada FAM sendiri untuk membuat laporan polis.

“Reaksi saya cuma satu kerana tohmahan itu banyak kepada saya, saya tak mahu komen dalam 10 malam terakhir Ramadan, tetapi saya maafkan apa sahaja tohmahan dan fitnah itu.

“Saya takut kalau dia kemalangan dan mati, tidak dapat cari saya di akhirat. Jadi kenyataan saya, saya memaafkan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada saya itu.

“Selebihnya, saya serahkan pada FAM,” kata beliau dengan rasa kecewa menerusi perkongsian yang dibuat oleh Harian Metro mengenai isu tersebut.

Imbas kembali pada isi surat layangan tersebut, Noor Azman dituduh tidak menjalankan tanggungjawab beliau selaku Setiausaha Agung FAM dan lebih bertumpukan kepada isu politik sahaja.

Malah, Noor Azman turut dikatakan begitu lemah menguruskan isu pengiklanan serta pemasaran dan lebih berharap kepada staf bawahan untuk mendapatkan sumber kewangan.

Terdahulu, Presiden FAM sendiri iaitu Datuk Haji Hamidin tampil menafikan segala dakwaan tersebut dan menganggap tuduhan itu bersifat peribadi semata-mata.

Apapun berlaku, FAM kini perlu bertindak pantas untuk membersihkan nama mereka bagi menafikan segala tohmahan itu jika ianya tidak benar sambil memastikan pelaku tersebut turut diheret ke muka pengadilan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN