P. Maniam Kembali Isi kerusi Kejurulatihan Bersama Kelab Liga Super?

Jurulatih bola sepak berpengalaman negara, P. Maniam dilaporkan bakal membuat kemunculan kembali dalam saingan Liga Super untuk musim 2024/2025 bersama PDRM selaku status pengendali utama.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri melalui wartawan Astro Arena, iaitu Fadhirul Shuhaimi mengenai status Maniam pada saingan musim akan datang di media sosial X beliau.

“Bekas pengendali PJ City FC, P. Maniam dikhabarkan hampir pasti akan dilantik sebagai Ketua Jurulatih PDRM FC bagi hadapi saingan Liga M 2024/2025.

“Pengumuman rasmi dijangka tidak lama lagi. Welcome back Coach,” ulas Fadhirul di media sosial X beliau mengenai status Maniam pada musim ini.

Terdahulu, jurulatih kelahiran Selangor itu telah pun menguruskan salah satu kelab dalam saingan Liga M3 iaitu Harini FT selepas tampil cemerlang mengendalikan Petaling Jaya City (PJ City).

Nama Maniam sememangnya tidak asing lagi dalam dunia bola sepak Malaysia, apabila beliau pernah membina karier bersama skuad pembangunan Selangor serta skuad Harimau Malaya bawah 16 (B-16).

Kemuncak karier Maniam pastinya ketika beliau mengendalikan Petaling Jaya City (PJ City) pada musim 2021 dan 2022 bersama kualiti permainan cukup menyakinkan walau tanpa kehadiran import.

Malah, ramai pemain tempatan berkualiti ketika itu berjaya diketengahkan beliau seperti Kalamullah Al Hafiz, Ahmad Syihan Hazmi, Ruventhiran, dan ramai lagi di pentas profesional.

Jika Maniam sah dilantik selaku jurulatih baharu PDRM, ia bakal menjadi satu kelebihan terbaik buat pasukan itu untuk mendapatkan salah seorang pengendali tempatan berkualiti.

Selepas kehilangan khidmat Azzmi Aziz pada pertengahan musim lalu, PDRM telah pun mendapatkan sentuhan jurulatih berpengalaman iaitu Dato’ Ahmad Yunus Alif dan berjaya merangkul kejuaraan MFL Challenge Cup 2023.

Walaupun begitu, khidmat Yunus Alif tidak disambung selaku jurulatih PDRM bagi saingan musim ini dan menyaksikan mereka antara pasukan masih mempunyai kekosongan jawatan tersebut.

Selain PDRM, Kelantan Darul Naim (KDN), dan Negeri Sembilan juga menjadi pasukan yang masih belum mengesahkan jurulatih utama mereka bagi saingan musim ini.

Setakat ini, masih belum ada sebarang pengesahan rasmi mengenai kehadiran Maniam bersama PDRM, namun berkemungkinan ia bakal diumumkan menerusi media mereka tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN