Bintang Kebangsaan Indonesia Jadi Buruan Terbaharu Kelantan Darul Naim?

Kelantan Darul Naim, (KDN) dilaporkan berminat untuk dapatkan khidmat penyerang kebangsaan Indonesia bagi mengisi kekosongan slot pemain import kuota Asean bagi musim ini.

Terdahulu, enam pemain import sudah pun sah menyertai KDN dengan lima daripadanya mewakili kuota Asia iaitu Oday Kharoub yang merupakan bintang kebangsaan Palestin di saingan Piala Asia 2023, Qatar.

Senentara empat lagi kuota Asia diisi oleh para pemain Korea Selatan dan sudah pun diumumkan pasukan tersebut sejak beberapa hari lalu lagi menerusi media sosial mereka.

Untuk kuota antarabangsa, sehingga kini mereka hanya menandatangani seorang sahaja pemain dari Czechia iaitu Michal Jerabek dan beliau berperanan selaku pertahanan import.

Terbaharu, laporan menyatakan KDN menjadi antara kelab yang berminat untuk dapatkan pemain kebangsaan Indonesia di posisi serangan iaitu Dimas Drajad.

Ianya dilaporkan sendiri melalui laman Indotransfer di media sosial X dengan menyatakan KDN antara berminat dapatkan Dimas pada saingan hadapan.

“Nama penyerang kebangsaan Indonesia, Dimas Drajad (27) kini dikaitkan bersama Kelantan Darul Naim (1st tier).

“Selain kelab yang berpangkalan di Malaysia itu, nama Dimas Drajad juga menjadi buruan beberapa kelab gergasi saingan Indonesia pada musim hadapan.

“Untuk rekod, Dimas sendiri ketika ini masih mempunyai kontrak jangka masa panjang bersama Persikabo 1973 sehingga musim 2026/2027.

“Terdahulu, kelab yang diwakili Dimas itu sah tersingkir daripada saingan Liga 1 Indonesia pada saingan hadapan.

“Bercakap mengenai Kelantan Darul Naim, pasukan pada tahun lalu menggunakan nama Kelantan United (kelab berbeza dengan bekas pasukan diwakili oleh Natanael Siringoringo,” jelas kenyataan tersebut.

Musim lalu menyaksikan Dimas mencipta 21 penampilan secara keseluruhan dalam saingan Liga 1 Indonesia dan meledak empat gol bersama tiga bantuan jaringan buat Persikabo.

Secara keseluruhan, Dimas bukan sahaja boleh beraksi selaku penyerang utama, tetapi pemain tersebut juga mampu memainkan peranan penting di posisi sayap kiri dan kanan mengikut kesesuaian taktikal diatur kejurulatihan.

Pada pandangan anda, adakah kehadiran Dimas dapat direalisasikan KDN untuk saingan musim ini bagi membantu posisi utama serangan mereka?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN