Menjawab Persoalan: Adakah ‘Penjimatan’ TMJ Akan Menghancurkan JDT?

Seorang penulis bebas yang dikenali dengan nama pena Dom Heigl memberikan pandangan beliau tentang isu penjimatan dalam kem JDT musim ini.

Berikut adalah pandangan beliau

Amarah penyokong

Rata-rata sebahagian penyokong JDT berang apabila pasukan kesayangan mereka gagal memperoleh kemenangan dan terlepas tiga piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan terbaharu Piala AFC.

Ada yang mula menyalahkan pendirian Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang melakukan penjimatan terhadap pasukan yang dituduh menjadi punca kehambaran prestasi JDT musim ini. Atau dalam erti kata lain, JDT bermain di bawah par.

Adakah TMJ sememangnya sengaja mencipta isu penjimatan ataupun sememangnya TMJ mahu berjimat? Penulis merasakan kedua-duanya sekali.

Mengapa?

Mari terus kita membaca.

TMJ memberi amaran ‘halus’ kepada penyokong JDT

Beberapa musim lalu, telah timbul isu pencetakan jersi secara haram. Dan isu tersebut mendapat respon dari TMJ yang membalas melalui beberapa video yang dilakonkan sendiri baginda.

Ini adalah bertujuan untuk ‘trigger’ penyokong JDT supaya jangan bersenang lenang sangat membeli jersi dan barang-barang tiruan yang mengambil kesempatan menggunakan ‘brand’ dan logo JDT tanpa keizinan.

Tindakan sedemikian bukannya memberi keuntungan kepada pihak pengurusan PBNJ malah menyukarkan mereka untuk mengekalkan audit kewangan dalam keadaan stabil.

Jika benar penyokong JDT sayangkan kelab mereka, setidak-tidaknya mereka turut membantu dalam menstabilkam kewangan kelab.

Peranan seorang penyokong

Jangan hanya pandai berkata-kata tapi tidak pernah menyumbangkan apa-apa terhadap kelab. Kelab sudah banyak mengikut kemahuan dan kehendak para penyokong.

Peminat mahukan pemain berstatus bintang, kejuaraan dan kemahsyuran? Pengurusan sudah melaksanakan.

Tetapi apabila pihak pengurusan meminta supaya para penyokong ‘support’ barang mereka dengan membeli barang original dan memenuhi setiap ruang di stadium, mengapa masih ada yang memberi alasan?

Kamu marah jika pengurusan masih berdegil menggunakan khidmat Benjamin Mora sebagai ketua jurulatih JDT ekoran prestasi hambar yang ditunjukkan beliau.

Tapi pernahkan kalian memikirkan perasaan TMJ yang berusaha keras untuk mencari dana demi melihat senyuman di setiap wajah rakyat dan penyokong Johor?

TMJ berusaha menjadikan bola sepak sebagai perniagaan

Penulis pasti rata-rata semua pernah bermain ‘manager mode’ di dalam ‘FIFA’, ‘PES’ mahupun “Football Manager’.

Jika begitu, pasti kalian sudah mengetahui yang kalian akan diberikan sejumlah wang oleh pihak pengurusan untuk dibelanjakan dalam melabur para pemain yang berkualiti bagi menguatkan pasukan.

Tindakan TMJ yang membeli beberapa nama besar seperti Hazwan Bakri (RM1 juta), Jeronimo Barrales (tebus kontrak), Mohamad Ghaddar (RM1.2 juta), R.Gopinathan (tebus kontrak).

Mohamad Ghaddar (L) and JDT Player Mohd Azrif Nasrulhaq (R)/Photo by Hazmin Hussin /

Terbaru, dikhabarkan Natxo Insa adalah ‘pemain Sepanyol’ yang dimaksudkan TMJ sebelum ini untuk menguatkan pasukan pada musim hadapan.

Jangan lah hendaknya dikira di dalam Ringgit Malaysia. Sememangnya kita akan nampak sejumlah wang yang cukup besar dilaburkan TMJ.

Tapi jika kita melihat perpindahan tersebut di dalam matawang dollar? Harganya sangat murah malah sangat kecil.

Terbaharu JDT membida Natxo Insa sebanyak €400 ribu dan nilai tersebut adalah kecil jika di pasaran perpindahan pemain antarabangsa.

Mana tahu jika mereka bermain dengan baik, mereka akan mendapat tawaran lumayan dari kelab luar seperti mana yang terjadi kepada Juan Martin Lucero.

Ramai yang merasakan perkara ini sukar untuk berlaku di Malaysia untuk menjadikan bola sepak sebagai perdagangan yang menguntungkan.

Namun, anda harus ingat, JDT dan TMJ pernah menjual Lucero dengan nilai RM11 juta.

Kesimpulan

Kepada semua penyokong Johor, kembali lah bersatu seperti mana waktu kali pertama kelab kita direvolusikan.

TMJ adalah orang yang betul dan telah membuktikannya kepada kita semua sebelum ini. Jika JDT jatuh sekalipun, ia bukan alasan untuk kita hilang sokongan kepada JDT.

Penyokong yang hebat adalah yang bersama-sama dengan pasukan ketika seri dan kalah.

Kekalahan dan ‘kemarau piala selama hampir 6 bulan’ ini seharusnya menyedarkan peminat JDT yang sudah ‘lena dibuai kemanisan’.

Akhir kalam, falsafah menggelonsor rebah, tidak juga beransur kebah. Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air, elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Nota Editor: Ini adalah pandangan peribadi penulis Dom Heigl. Anda mahu pandangan kritikal anda dibaca jutaan peminat bola sepak tanah air? E-melkan ke [email protected] dalam format Microsoft Words (300-800 patah perkataan).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN