Fabio Ferreira Sah Sertai PKNS FC Menggantikan Lucas Espindola

Pemain baharu akan tiba di PKNS FC!

Fabio Ferreira akan menyertai PKNS FC bagi baki saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Sebagai ganti, pemain Lucas Espindola akan meninggalkan pasukan yang berpengkalan di iShah Alam itu.

Ferriera merupakan bekas pemain di skuad remaja Sporting Lisbon di Portugal turut pernah beraksi dengan skuad simpanan Chelsea di England satu ketika dahulu.

Beliau merupakan pemain yang sudah biasa dengan situasi bola sepak Australia apabila Ferreira telah berkelana di A-League selama 5 tahun.

Ferreira menghabiskan masa beraksi bersama bekas juara AFC Champions League iaitu Adelaide United selama 3 musim sebelum berhijrah ke Central Coast Marines pada 2015.

Kehadiran beliau dijangka bakal memberi suntikan semangat kepada PKNS FC yang dalam misi untuk memperoleh tempat sebaik mungkin dalam Liga Super.

Perginya Espindola dari skuad PKNS FC telah mengiyakan perkhabaran terdahulu yang pihak pengurusan kelab mahu menyingkirkan beberapa pemain import.

Antaranya adalah mesin gol mereka iaitu Patrick Ronaldinho Wleh.

Apa-apa pun, selamat datang ke PKNS FC buat Fabio Ferreira!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN