Komen Penyokong Newcastle, Huddersfield, Brighton Dari Malaysia Selepas Berjaya Mara Ke EPL

Dalam saingan EFL Championship musim ini, Newcastle merangkul kejuaraan. Manakala Brighton dinobatkan naib juara. Dua kelab tersebut diberi tiket beraksi dalam saingan Premier League musim hadapan.

Tempoh hari, Huddersfield pula mendapat tiket terakhir melalui ‘play-off.’

Hisyam Hasan, penyokong Newcastle

Kami berkesempatan menemuramah seorang penyokong Toons dan seorang penyokong Brighton yang berasal dari Malaysia. Kami juga mewawancara seorang penyokong Huddersfield.

Penyokong Newcastle tersebut ialah Hisyam Hasan dan penyokong Brighton, Khairi Isa. Sivan John merupaakan penyokong Huddersfield yang juga kami temuramah.

Sivan John, penyokong Huddersfield.

Soalan 1: Apakah pendapat anda mengenai prestasi semusim kelab sokongan anda secara keseluruhannya?

Hisyam: Newcastle bermain cemerlang dan konsisten di sepanjang musim. Boleh dikatakan hampir setiap pemain bermain baik selain faktor ‘luck’ juga membantu Newcastle untuk menjadi juara.

Khairi: Saya merasakan Brighton bermain dengan baik dalam keseluruhan musim. Cuma mereka tergelincir dalam baki 2 perlawanan yang menyebabkan peluang bergelar juara EFL Championship terlepas.

Sivan: Secara keseluruhannya amat gembira dan berpuas hati. Bayangkan Huddersfield menamatkan musim di tangga ke-19 pada musim lalu.

Saya menyangka Huddersfield menamatkan musim di kedudukan 15 teratas tetapi dengan peningkatan mendadak pasukan, ia memang di luar jangkaan!

Soalan 2: Apakah perkara yang boleh ditingkatkan kelab anda untuk bermain dalam Premier League musim hadapan?

Hisyam: Walaupun diakui standard di antara Championship & Premier League berbeza tetapi tekanannya tetap sama.

Skuad sekarang boleh dikatakan serasi cuma mereka perlu lebih konsisten, disiplin dan mempunyai  ‘winning mentality.

Rafael Bernitez perlu bijak membeli pemain sesuai untukk posisi sepatutnya. Ramai pemain berpengalaman beraksi di Premier League juga membantu untuk bersaing pada musim depan.

Khairi: Saya berharap pihak kelab dapat meningkatkan atmosfera dlm stadium. Penyokong Seagulls juga diharapkan tidak membat onar di stadium. Para pemain pula diharapkan dapat memberikan permainan yang terbaik dan konsisten.

Sivan: Huddersfield mempunyai pemain yang dipinjam daripada kelab Premier League seperti Aaron Mooy (Manchester City) dan Danny Ward (Liverpool).

Elias Kachunga juga dipinjam dari kelab Ingolstadt dari Jerman. Mereka amat penting dalam pasukan. Saya berharap kelab mempertimbangkan mereka untuk kekal di kelab. Jika tidak, kelab harus meneruskan kontrak pinjaman mereka.

Sivan John sewaktu menonton perlawanan melibatkan Huddersfield.

Soalan 3) Siapakah pemain terbaik kelab pilihan anda dan nyatakan kenapa?

Hisyam: Pada pendapat saya, Dwight Gayle & Matt Ritchie adalah antara yg terbaik. Dwight sudah menyamai rekod lagenda Alan Shearer (20 gol semusim), tetapi Dwight menjaringkan 23 gol.

Hanya kecederaan sahaja membantutkannya untuk memecahkan rekod lebih besar. Matt Ritchie pula antara pembelian terbaik Newcastle dan beliau konsisten dalam setiap perlawanan. Matt merupakan pemain utama Newcastle apabila melibatkan perlawanan penting.

Khairi: Secara peribadinya saya memilih Anthony Knockaert. Walaupun dilepaskan dari Leicester dan beliau tidak dapat menggondol medal kejuaraan Premier League musim 2015-16, beliau tetap memberikan persembahan terbaik untuk Brighton.

Sivan: Jonathan Hogg. Bagi saya, setiap pasukan perlukan pemain berwatak ‘pembunuh’ di padang. Sebagai pemain tengah, Johnathan berjaya melakukannya tanpa putus asa.

Meskipun beliau mengalami kecederaan leher selama dua bulan, beliau bangkit dan membantu kejayaan Huddersfield musim ini.

Soalan 4) Pemain posisi manakah yang perlu didapatkan untuk memperkuatkan kelab bagi mengharungi cabaran Premier League musim hadapan?

Hisyam: Posisi penjaga gol & ‘left wing’ perlu diperkuatkan lagi dengan pemain baru. Penjaga gol sedia ada, Karl Darlow belum bersedia untuk cabaran di Premier League.

Tim Krul ada kemungkinan kembali dari pinjaman tetapi beliau kurang meyakinkan. Untuk posisi ‘left wing’, tempoh pinjaman Christian Atsu dari Chelsea sudah berakhir dan Yoan Gouffran pula akan dilepaskan. Sayangnya, Rolando Aarons kurang menyerlah.

Khairi: Pada pendapat saya, Brighton perlu memperbaiki barisan pertahanan. Separuh daripada pemain pertahanan perlu meningkatkan mutu permainan. Di samping itu, pemain tengah juga perlu dipertingkatkan.

Sivan: Saya berharap Huddersfield dapat menguatkan barisan pertahanan. Walaupun kami ada Michael Hefele dan Christopher Schindler.

Ada kemungkinan Mark Hudson akan membantu walaupun dia berkemungkinan menjadi jurulatih. Selain itu, kami mempunyai Martin Cranie.

Hisyam Hasan mengenakan jersi The Toons.

Soalan 5) Apakah ramalan kedudukan kelab anda untuk musim hadapan?

Hisyam: Saingan di Premier League memang lebih sukar tetapi tiada apa yangg mustahil. Secara peribadinya, saya meramalkan Newcastle mampu merebut tempat ke Europa League atau paling kurang berada di kelompok 10 teratas Premier League musim hadapan.

Khairi: Saya mensasarkan Brighton menduduki kedudukan yang boleh diterima. Sekurang-kurangnya menduduki tangga ke-13 dalam carta Premier League musim hadapan.

Sivan: Beraksi dalam Champions League, haha! Tetapi, kekal dalam saingan Premier League amatlah diharapkan.

Saya amat berpuas hati sekiranya Huddersfield berkedudukan di tangga ke-15 hingga ke-17 Premier League. Sekiranya lebih daripada itu, ia merupakan bonus. Tetapi jika Huddersfield turun ke EFL Championship, tidak mengapa bagi saya.

Penutup

Pihak Semuanya Bola ingin berterima kasih di atas kesudian Hisyam, Khairi dan Sivan kerana meluangkan masa diwawancara. Kami tidak sabar menunggu tirai musim 2017-18 akan dibuka.

Apa pun selamat kembali buat Newcastle. Selamat datang kepada Brighton dan Huddersfield, pendatang baru Premier League!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN