Penjaga Gol Muda Selangor Sedia Rebut Kesebelasan Utama Untuk Skuad B-23 Negara

Penjaga gol muda Selangor, Azim Al-Amin jelas memiliki visi tersendiri bersama skuad bawah 23 (B-23) negara yang akan mengharungi saingan Piala Asia B-23 tidak lama sahaja lagi.

Menurut Azim yang kini sudah pun mengesahkan kontrak bersama The Red Giants, beliau mahu menjadi selaku penjaga gol utama Malaysia sepanjang saingan Piala Asia B-23 itu berlangsung nanti.

Walaupun begitu, beliau sedar ianya bukan sesuatu mudah apatah lagi pencabar-pencabar terdekat Azim juga berada dalam reputasi tersendiri untuk turut menyaingi beliau.

Untuk rekod, Azim telah pun memulakan karier beliau terlebih dahulu bersama Kuala Lumpur City (KL City) sejak tahun 2021 hingga musim lalu sebelum berubah arah menyertai Selangor.

Musim lalu juga menyaksikan Azim menjadi wira buat KL City selepas beliau memastikan pasukan tersebut untuk mara ke pusingan Piala FA selepas tampil cemerlang ketika aksi separuh akhir.

Nama Azim juga terus menjadi sebutan dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan di pentas antarabangsa, ketika beliau mewakili skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) musim lalu dan berkemungkinan menyertai saingan Piala Asia B-23 di Qatar.

Jelas penjaga gol berusia 23 tahun itu, segala usaha dan komitmen tinggi diberikan beliau dalam sesi latihan bawah kendalian Juan Torres Garrido itu mampu untuk memikat barisan kejurulatihan negara memilih Azim selaku penjaga gol utama Harimau Malaya B-23.

“Sememangnya persaingan dalam kalangan penjaga gol agak sengit kerana yang datang semua ada nama dan ada yang bermain di kesebelasan utama bagi pasukan masing-masing. Jadi saya rasa kami akan bersaing dengan baik.

“Untuk mengambil hati jurulatih, saya perlu lebih berusaha dan kerja keras, tunjukkan kemampuan saya dan dari situ coach akan lihat, InsyaAllah ada tempat untuk saya,” kata Azim menerusi perkongsian Harian Metro.

Sebelum saingan Piala Asia B-23 bermula, Azim dilihat mampu untuk membuktikan sesuatu pada sesi latihan serta beberapa siri perlawanan persahabatan bakal dihadapi.

Jika Azim mampu mempamerkan konsistensi cukup tinggi, maka peluang untuk beliau terpilih selaku penjaga gol utama Malaysia B-23 juga sangat cerah.

Malah, ia juga dapat mengukuhkan lagi nama penjaga gol muda itu untuk cuba mengintai peluang bersama skuad utama Selangor sebelum tirai saingan liga bermula.

Ketika ini peluang untuk Azim bersama Selangor juga sangat mencabar kerana The Red Giants masih memiliki Sam Somerville serta Khairulazhan Khalid yang sangat berpengalaman.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN