“Wow Siap Ada Keris Eh?”- Teaser Pengenalan Jersi Selangor Raih Pujian Ramai

Selangor nampaknya bakal menjadi pasukan terbaharu untuk memperkenalkan jersi baharu mereka pada musim ini dengan video teaser pengenalan pakaian tersebut sudah pun dimuat naik secara rasmi sebentar tadi.

Menerusi video tersebut, beberapa pemain termasuk jurulatih Selangor iaitu Nidzam Jamil sendiri diberi peluang awal untuk melihat serta menilai jersi tersebut bersama beberapa pujian diberikan.

Menurut pertahanan kental Selangor iaitu Fazly Mazlan, beliau jelas sangat kagum dengan rekaan jersi tersebut bersama rekaan keris turut disebut dirinya pada video tersebut.

“Wow, terbaik lah, siap ada keris eh? Warna dia memang kemas pada saya sebab diri saya gelap kan. Memang kena la dengan diri saya jersi ni,” komen Fazly.

“Terbaik, ini jersi baru ya? Cantik. Macam mana dia boleh terfikir nak buat sebegini?,” puji Khuzaimi Piee yang berpuas hati akan rekaann jersi terbaharu kelab tersebut musim ini.

Selain itu, pemain tengah serangan import The Red Giants iaitu Yohandry Orozco juga jelas kagum akan kualiti serta rekaan jersi terbaharu pasukan diwakilinya itu pada video tersebut.

Pada masa sama, Nidzam Jamil juga tampil dengan pujian serta memberi pandangan tersendiri mengenai jersi tersebut sambil menyatakan para pemain pasti menyukainya.

“Wah, ia mengingatkan saya kepada jersi skuad kebangsaan Belanda pada musim 1988 tapi berwarna oren kalau anda semua masih ingat.

“Dan saya boleh lihat pada jersi ini, ia adalah keris bukan? Jenis kain digunakan sangat ringan. Cantik warnanya. Saya fikir para pemain akan menyukai kualiti ini. 100% mereka akan suka,” ulas Nidzam.

Menerusi ruangan komen, ramai tidak sabar untuk melihat rekaan terkini jersi salah satu kelab gergasi Malaysia itu pada musim ini selepas mendengar pandangan daripada pemain serta jurulatih pasukan itu.

Ada juga yang tampil dengan komen tidak sabar untuk mengenakan jersi tersebut pada perayaan akan datang tidak lama lagi dengan mengharapkan kualiti serta warna jersi tersebut tampil menyakinkan.

Ketika ini, The Red Giants menjadi antara pasukan sangat aktif mempersiapkan pasukan dengan pengenalan pemain baharu, aksi pramusim di luar negara (Thailand), serta terkini akan melancarkan jersi musim 2024/2025.

Malah, pengenalan video dibuat pasukan itu juga tampil dengan sangat kreatif sehingga meraih pujian daripada serata peminat yang menghargai usaha media pasukan tersebut sehingga kini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN