3 Pemain Tumpuan Malaysia Dijangka Mampu Untuk Cipta Kejutan Atasi Oman

Malaysia secara rasminya akan mengharungi aksi ketiga bagi siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 peringkat Kumpulan D dengan aksi seterusnya mempertemukan mereka bersama Oman.

Menerusi rekod semasa, Malaysia boleh dianggap berada dalam momentum cukup baik bagi saingan ini selepas mereka berjaya mencipta dua kemenangan berturut-turut untuk berada di tangga teratas peringkat kumpulan.

Bermula dengan kemenangan dramatik 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika mengatasi Kyrgyzstan, Harimau Malaya terus mengaum menerusi kejayaan mereka menumpaskan cabaran Taiwan 1-0 di gelanggang lawan.

Pastinya aksi ketiga ini skuad kendalian Kim Pan-gon mempunyai resepi tersendiri untuk mengatasi Oman biarpun sedar pasukan lawan jauh lebih baik berbanding mereka di pentas antarabangsa.

Walaupun hanya sempat mengharungi satu aksi persahabatan, secara keseluruhan Kim masih mampu untuk cuba mencipta kejutan mengatasi lawan menerusi percaturan bijak beliau daripada segi taktikal.

Untuk aksi ini di gelanggang lawan, dijangka beberapa rombakan bakal dibuat Kim selepas ada pemain utama beliau sah mengalami kecederaan serta tidak dapat menyertai kem kebangsaan.

Berikut merupakan tiga pemain Harimau Malaya yang dijangka mampu untuk memberi kejutan terbaik buat para penyokong setia Malaysia ketika berdepan Oman.

Daniel Ting (Pertahanan)

Nama Daniel kini boleh dianggap sebagai pilihan utama untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Matthew Davies di posisi pertahanan kanan selepas beliau mengalami kecederaan.

Davies yang lebih dominan di posisi pertahanan kiri sudah pun membuktikan beliau boleh mengambil tanggungjawab itu selepas diberi peluang ketika saingan Piala Asia 2023 lalu di Qatar.

Tampil dengan disiplin cukup tinggi di zon beliau, Daniel juga memiliki keupayaan untuk membantu serangan negara menerusi kualiti hantaran silang tepat beliau dalam petak penalti, malah pemain Sabah itu juga mempunyai deria cukup baik selaku pemusnah di hadapan gawang lawan.

Stuart Wilkin (Tengah)

Tiada siapa boleh menidakkan keupayaan Wilkin sejak beliau mencipta sensasi cukup baik bawah kendalian Kim di pentas antarabangsa selaku pemain tengah Harimau Malaya

Pada usia masih dianggap muda, Wilkin berjaya mempamerkan ketenangan cukup tinggi untuk mengawal tempo permainan serta mampu menjadi perancang berbahaya buat siri serangan negara.

Selain itu, Wilkin juga mempunyai kemampuan tinggi menerusi rembatan tepat dari jarak jauh yang mampu digunakan pada aksi ini untuk berdepan cabaran Oman.

Faisal Halim (penyerang)

Nama Faisal antara paling mencuri tumpuan kini, selepas momentum beliau berada dalam keadaan cukup positif untuk dibawa turun dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan.

Pemain sayap lincah itu telah pun membuktikan beliau bukan sahaja jaguh kampung, sebaliknya mampu bersinari ketika saingan Piala Asia 2023 lalu menerusi gol cukup ikonik sewaktu berdepan Korea Selatan.

Aksi ini pastinya akan menjadi sesuatu yang cukup penting buat Faisal kerana kebolehan beliau daripada segi gelecekan, kreativiti, serta ketajamannya ditagih untuk mengatasi Oman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN