Kim Pan-gon: “Malaysia Cuba Hadiahkan Keputusan Positif Buat Peminat Tempatan”

Pengendali Harimau Malaya iaitu Kim Pan-gon kini menjadi antara individu paling sibuk dalam kem kebangsaan dengan pelbagai persiapan rapi dibuat beliau bersama staf kejurulatihan negara untuk cuba mencipta keputusan positif berdepan Oman.

Kim kini boleh dianggap sebagai pengendali paling disayangi para penyokong kebangsaan ekoran rekod-rekod positif berjaya dilakar beliau bersama Malaysia dalam tempoh yang singkat sehingga menjadikan Harimau Malaya kini menjadi perhatian media antarabangsa.

Pastinya momentum positif itu ingin terus dibawa oleh Kim untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan perlawanan seterusnya membabitkan pasukan kebangsaan menentang Oman di gelanggang lawan.

Sedar akan reputasi semasa pasukan lawan yang jauh lebih gah berbanding Malaysia di pentas antarabangsa, banyak persiapan dibuat beliau untuk memastikan perjalanan Harimau Malaya berjalan lancar serta menghasilkan keputusan positif buat penyokong negara.

Jelas Kim, barisan kejurulatihan negara kini sedang berusaha sehabis baik untuk memerah idea bagi memerangkap pasukan lawan demi menghasilkan sesuatu terbaik buat negara.

“Selain daripada kecederaan dan kecergasan permainan, kami kena menyusun sebaiknya cara untuk mengekang pasukan di ranking 80 dunia itu terutama apabila bermain di tempat lawan.

“Barisan kejurulatihan sedang melakukan sebaiknya, menyusun strategi berkesan dan perkara itu sedang diusahakan.

“Kadang-kala ia (strategi) berkesan dan kadang-kala tidak menjadi, namun kami sentiasa mencuba menyediakan strategi, taktikal permainan dan kami akan memberikan sebaik mungkin.

“Paling mustahak pasukan cuba hadiahkan keputusan positif kepada peminat tempatan,” kata Kim menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Rekod semasa kini menyaksikan Malaysia unggul berada di tangga teratas Kumpulan D selepas kejayaan mereka mencipta dua kemenangan berturut-turut untuk meraih enam mata maksima.

Kejayaan pertama berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan kemenangan dramatik 4-3 berpihak buat Harimau Malaya ketika menumpaskan cabaran Kurgyzstan.

Momentum positif itu diteruskan pada perlawanan kedua dengan Malaysia berjaya memperoleh kemenangan tipis 1-0 untuk mengatasi Taiwan di gelanggang lawan.

Jika Malaysia terus kekal di tangga teratas dan melayakkan diri ke pusingan seterusnya, secara automatik skuad kendalian Kim akan mendapat slot ke saingan Piala Asia 2027.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN