Pengendali Sri Pahang Mahu Pemain Tenang Hadapi Penang Dalam Cuada Panas

Sri Pahang bakal berdepan cabaran getir untuk aksi seterusnya Liga Super 2023, selepas mereka akan menghadapi pasukan lawan iaitu Penang pada petang ini di Stadium Darul Makmur.

Selain berdepan Penang yang berada dalam prestasi terbaik mereka menerusi beberapa kemenangan dicatat, Sri Pahang juga bakal menghadapi pasukan lawan dalam cuaca panas selepas dijadualkan aksi pada sebelah petang.

Menyedari ianya merupakan aksi sulung buat Sri Pahang pada musim ini di sebelah petang, pengendali kelab iaitu Fandi Ahmad menyeru agar para pemain mampu beraksi dengan tenang tanpa membuat sebarang kesilapan mudah.

Malah, Fandi juga menasihatkan kepada pemain supaya sentiasa bertahan daripada segi mental untuk menghadapi Penang selain memfokuskan kepada persiapan fizikal.

“Apa yang penting adalah daripada segi mental kerana akan bermain dalam keadaan cuaca panas. Setakat ini persediaan yang dilakukan begitu positif terutama untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri.

“Saya harap pemain dapat bermain dengan tenang dan beraksi dengan penuh keyakinan. Seharusnya peluang yang ada tidak dipersia-siakan untuk memastikan kemenangan milik Sri Pahang,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Fandi juga menyedari prestasi semasa Penang berada pada tahap terbaik dan mungkin akan membuat kejutan untuk menewaskan mereka pada petang ini walaupun beraksi di gelanggang lawan.

Untuk mengekalkan rekod positif tanpa kekalahan, Fandi berharap supaya para pemain tampil lebih berwaspada bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berdepan Penang.

“Bagi saya pasukan Penang kini begitu bersemangat dan sedang bangkit kerana memiliki beberapa pemain yang bijak bertindak,” katanya lagi.

Untuk aksi petang ini, dijangka Fandi tidak dapat menggunakan kekuatan penuh pasukan selepas dua pemain utama Sri Pahang dilaporkan mengalami kecederaan serta menjalani hukuman penggantungan.

Dua pemain tersebut merupakan tonggak tengah Sri Pahang iaitu Nor Azam Azih serta bintang import pasukan yang menjadi kunci utama kekuatan mereka, Stefano Brundo.

Namun, Fandi dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk menurunkan dua penyerang import kendalian beliau iaitu Kpah Sherman bersama Lucas da Silva bagi menggempur kubu pertahanan Penang.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN