Kelincahan Faisal Halim Antara Perlu Diberi Perhatian Oleh Pertahanan Perak

Nama Faisal Halim bukan lagi sesuatu yang asing dalam dunia bola sepak tempatan, selepas pemain tersebut tampil dengan cemerlang sejak beberapa musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Bersama Selangor musim ini, Faisal menjadi antara pemain penting buat pasukan tersebut dalam aksi Liga M bawah kendalian Tan Cheng Hoe untuk merencanakan siri serangan berbahaya.

Selepas musim lalu beliau konsisten bersama Terengganu, ramai penyokong bola sepak tempatan menganggap Faisal sebagai antara permata bola sepak negara yang sangat menyerlah dalam aksi bersama kelab atau negara.

Musim ini Faisal sudah pun meledak empat gol secara keseluruhan buat Selangor daripada 10 penampilan beliau bersama pasukan tersebut serta turut mencipta tiga bantuan jaringan.

Maka, tidak hairan kenapa kelibat Faisal sentiasa digeruni oleh pihak lawan menerusi kualiti tersendirinyang dipamerkan beliau ketika di atas padang.

Terkenal dengan skil gelecekan beliau yang berkualiti tinggi, Faisal juga muncul sebagai antara pemain yang memiliki kemahiran tinggi untuk membuat rembatan tepat dari jarak jauh.

Selain itu, pemain kelahiran Pulau Pinang ini juga harus diakui memiliki IQ yang tinggi untuk mencipta gerakan berbahaya serta membuat hantaran tidak dijangka kepada rakan penyerang.

Menerusi momentum semasa dipamerkan Faisal, berkemungkinan besar beliau akan terus meledak gol atau memberi sumbangan di hadapan gawang pada aksi seterusnya.

Aksi malam ini bakal menyaksikan Selangor bakal berkunjung ke gelanggang lawan untuk menghadapi cabaran pendatang baharu Liga Super, Perak.

Perak juga masih lagi segar dengan kemenangan mereka mengatasi Kelantan menerusi keputusan penuh 3-2 ketika aksi dramatik di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Pastinya skuad kendalian Datuk Lim Teong Kim ini mahu momentum positif itu diteruskan untuk sekurangnya tidak memberi laluan mudah buat Selangor mencatat kemenangan kelapan mereka.

Antara yang pasti diberi penekanan oleh Lim pastinya kepada struktur pertahanan selepas menyedari kualiti dimiliki Faisal serta rakan serangan beliau yang lain.

Pemain-pemain seperti Yohandry Orozco, Hein Htet Aung, Ayron Del Valle, dan beberapa lagi juga perlu diberi perhatian kerana setakat ini Selangor sebagai antara pasukan memiliki jentera serangan berbahaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN