Pengendali Indonesia Terkejut Lihat Pemain Kebangsaan Panaskan Bangku Simpanan

Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong nyata terkejut dengan keadaan semasa para pemain kebangsaan apabila kebanyakan mereka berada di bangku simpanan dalam persaingan Liga 1 Indonesia baru-baru ini.

Sebelum itu, beliau pernah meluahkan kebimbangan apabila kebanyakan pemain tidak cukup berkualiti untuk dibawa ke pentas antarabangsa.

Perkara tersebut jelas mendapat perhatian Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Mochamad Iriawan, apabila beliau bakal memberi campur tangan untuk melihat punca perkara itu.

Pengendali yang berasal dari Korea Selatan itu berharap agak perkara tersebut tidak berlarutan agar perkembangan setiap pemain tidak terbatas untuk dinilai Tae-yong.

Walaupun begitu, Tae-yong tidak menyebut secara langsung pasukan mana dan siapa pemain tersebut untuk memberi sedikit persoalan dalam kalangan penyokong.

Sedikit perkongsian daripada pengendali tersebut kepada Bola.com, apabila beliau memberi bayangan pemain dikatakan itu beraksi di posisi serangan untuk skuad kebangsaan.

Menurut Iriawan pula, penjelasan kepada persoalan ditimbulkan daripada Tae-yong ini hanya boleh dijawab oleh pasukan-pasukan dalam saingan Liga 1 Indonesia sahaja.

Iriawan juga dilihat sedia menjadi pengantara untuk menyelesaikan perkara tersebut demi menjaga prestasi pasukan kebangsaan Indonesia.

“Kalau boleh, kita perlu terus berhubung bersama wakil kelab dan bertanya mengapa pemain-pemain utama kebangsaan tidak dibawa turun,”

Dalam masa sama, Iriawan turut memberi bayangan perlawanan persahabatan Indonesia menentang negara dari Amerika Utara iaitu Curacao pada September ini mungkin dibatalkan.

Menurut beliau, perkara tersebut mungkin terpaksa dibuat kerana Curacao mempunyai beberapa pemain utama yang tidak mengambil vaksin dan itu menjadi faktor utama terbatalnya perlawanan persahabatan.

Setakat ini, Iriawan masih cuba mendapatkan pengesahan dari pihak sana sambil terus berusaha mencari pasukan lawan sesuai yang berada pada ranking FIFA 100 ke bawah.

“Ketika ini memang sah ada pemain-pemain mereka masih belum menerima vaksin, menjadi kebimbangan kepada kami jika mereka memang tak ingin mengambil vaksin.

“Jadi kami harap para penyokong bersabar. Ketika ini saya bersama yang lain sedang berusaha mencari pasukan lawan yang bersesuaian buat Indonesia.

“Kami harap mampu untuk memilih negara yang mempunyai ranking lebih tinggi supaya Indonesia boleh beraksi dengan aras permainan lebih tinggi,” kata Iriawan.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN