Klopp Tentu Gembira Melihat Jude Bellingham Diberikan Peranan Baru Oleh Borussia Dortmund

Pemain sasaran Liverpool yang juga merupakan pemain midfield Borussia Dortmund, Jude Bellingham telah diberikan peranan yang baru oleh pengurus kelab, Edin Terzic.

Pemain berusia 19 tahun itu telah dilantik untuk menjadi antara ketua pasukan dengan beliau kini merupakan kapten ketiga Borussia Dortmund.

Hal ini dapat disahkan selepas melihat beliau diberi tanggungjawab untuk mengetuai skuad Borussia Dortmund sebaik Mats Hummels dan Marco Reus meninggalkan padang ketika beraksi bertemu Villareal.

Terzic yang juga merupakan pengurus sementara kelab ketika musim pertama Bellingham di Signal Iduna Park sepertinya telah meletakkan kepercayaan yang sangat tinggi kepada bintang muda England itu.

“Fakta nyata sebalik melihat Jude Bellingham memakai armband kapten di hujung-hujung permainan adalah satu tanda.”

“Dia akan menjadi kapten ketiga kami.”

Jelas Terzic untuk menjelaskan tentang keputusan beliau itu.

Liverpool sementara itu sememangnya sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain midfield itu, dengan ramai yang percaya Anfield bakal menjadi destinasi pilihan Bellingham seandainya beliau meninggalkan Dortmund nanti.

Jurgen Klopp bahkan turut menyatakan pada awal-awal jendela perpindahan dibuka yang satu-satunya masalah beliau pada ketika itu adalah Bellingham tak boleh dibeli pada musim panas ini.

Terdapat laporan dari pelbagai sumber termasuk Fabrizio Romano yang menyatakan bahawa Liverpool telah menghubungi BVB pada Jun lalu untuk mendapatkan khidmat Bellingham.

Walau bagaimanapun Borussia Dortmund telah menolak tawaran tersebut kerana mereka baru sahaja kehilangan Erling Haaland pada musim panas ini.

Gergasi Bundesliga itu turut menegaskan yang mereka menganggap Jude Bellingham sebagai antara pemain terpenting kelab pada ketika ini.

Mereka bahkan turut memberi peranan besar kepada pemain muda itu walau usianya belum mencapai 20 tahun lagi.

Hal itu jelas sekali akan beri kegembiraan kepada Klopp kerana beliau sememangnya sangat menggemari pemain yang ada ciri kepimpinan serta ada karakter yang baik.

Bellingham sendiri turut bercakap kepada kelab sendiri dengan menyatakan bahawa:

“Kamu perlu berusaha untuk menjadi seorang pemimpin, terutama di dalam bilik persalinan yang dipenuhi ramai pemain bintang, pemimpin sebenar dan yang ada karakter lebih besar.”

“Saya banyak berlari untuk rakan sepasukan saya, saya cuba dan meletakkan diri saya di kedudukan lebih baik untuk buat lebih banyak tackle.”

“Saya tahu masih banyak cara untuk berkomunikasi. Kadang kala saya juga kecewa dan itu adalah hal yang saya akan terus belajar. Tapi ia memang tekanan untuk galas tanggungjawab dan ia mungkin akan berpanjangan.”

Leave a Reply