Dalot Pesan Pada Rakan Sepasukan Agar Sentiasa Tahan Telinga Dengar Makian Ten Hag

Pertahanan muda Manchester United iaitu Diogo Dalot telah menyatakan kepada rakan sepasukan agar mereka sentiasa bersedia untuk menahan telinga daripada kata-kata memedihkan daripaa Erik Ten Hag.

Pengurus baharu United itu dilihat sangat tidak berpuas hati dengan aksi para pemain apabila mereka melepaskan dua gol kepada Aston Villa pada perlawanan pra-musim baru-baru ini, dan beliau tidak dapat menerima hakikat pasukan bolos pada minit akhir.

Pada kenyataan sebelum ini, Ten Hag telah mengatakan punca pemain tidak fokus dalam perlawanan menyebabkan mereka sekadar terikat seri.

Untuk kesalahan dibuat oleh para pemain termasuk Dalot, beliau mengatakan mereka perlu bersedia untuk menerima beberapa ‘curahan kasih sayang’ Ten Hag di bilik persalinan.

“Ianya untuk disiplin, kami semua perlu sedia akan perkara tersebut. Sedia untuk mendengar sesuatu yang mungkin tidak begitu enak daripada Ten Hag.

“Tetapi saya rasakan ini sesuatu sangat bagus untuk pasukan menjadi lebih baik dan ianya jelas sangat penting buat kami.

“Kami bermula dengan segalanya serba baharu musim ini. Pengurus baru, staf baru, tenaga baru, pemain baru, serta kami semua memandang ke hadapan untuk perubahan lebih baik.

“Kami perlu mencipta suatu atmosfera baharu bersama rakan sepasukan, staf, pasukan, dan semua yang terlibat untuk kearah lebih positif,” jelas Dalot menerusi ESPN.

Kelibat Dalot pada aksi pra-musim ini dilihat sangat menyakinkan sejak aksi di Thailand dan Australia selaku pemain pertahanan.

Beliau diberi peluang beraksi menentang Liverpool, Melbourne Victory, Crystal Palace, serta Aston Villa bawah kesebelasan utama baharu era Ten Hag.

Pemain kelahiran Portugal itu mula menyertai United sejak tahun 2018 dan tidak banyak aksi beliau bersama pasukan sehingga pada musim ini, peluang untuk Dalot lebih banyak bermain dilihat semakin cerah.

“Saya perlu bersedia untuk Ten Hag serta kelab sekiranya diri ini diperlukan untuk beraksi dalam mana-mana perlawanan.

“Saya perlu pamerkan kualiti permainan sebaik mungkin. Sebab itu saya berada di sini, untuk menunjukkan kepada kelab yang saya boleh beraksi banyak perlawanan.

“Setakat ini segalanya berjalan lancar, ini yang saya mahukan. Tetapi kami masih lagi ada banyak perkara untuk diperbaiki,” terang Dalot.

Dalam masa sama, Dalot juga sempat menyatakan khidmat penyerang berpengalaman iaitu Cristiano Ronaldo masih lagi bakal menjadi pemain penting buat Ten Hag biarpun terlepas aksi pra-musim.

Sehingga kini Ronaldo masih lagi berlatih secara sendirian selepas mendapat pelepasan daripada kelab untuk tidak bersama dalam aksi pra-musim, serta masih lagi tidak mengetahui bila pemain tersebut bakal kembali.

“Saya rasa Ronaldo masih lagi seorang pemain yang sangat penting buat kelab. Beliau ada masalah keluarga perlu diselesaikan dan saya harap segalanya baik-baik sahaja,” ulas pemain muda tersebut.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN