Pengarah Chelsea Letak Harga £100 juta, Sarri Kata Itu Terlalu Murah Untuk Hazard

Sebuah akhbar berpengkalan di Madrid, AS melaporkan bahawa bintang Chelsea – Eden Hazard bertekad dengan pendiriannya untuk menyertai Real Madrid musim hadapan, meskipun pihak pengurusan tidak bersetuju dengan nilai harga yang cuba ditawarkan oleh kelab Sepanyol tersebut.

Laporan itu juga mengatakan, pengarah Chelsea iaitu Marina Granovskaia adalah individu yang bertanggungjawab untuk mengekalkan Hazard di Stamford Bridge.

Sebelum ini, Granovskaia telah bersetuju meletakkan nilai harga sebanyak £ 100 juta (RM535.56 juta) untuk menjual pemain yang tamat kontrak pada musim hadapan

Bagaimanapun, nilai harga tersebut tidak dipersetujui oleh Real Madrid dan kelab itu berharap dapat menandatangani Hazard dengan harga kurang dari £ 100 juta.

Mereka sedang berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan kos perpindahan tersebut selepas melihat situasi Hazard pada ketika ini yang benar-benar mahu perpindahan ke Bernabeu.

Sementara bagi pihak Chelsea pula, kelab itu berkemungkinan besar terpaksa menjual Hazard bagi mengelak kerugian melepaskannya secara percuma selepas kontraknya berakhir pada 2020 selepas beliau enggan menandatangani lanjutan kontrak bersama pasukan.

Murah

Baru-baru ini, pengurus pasukan -Maurizio Sarri kurang bersetuju dengan nilai harga ‘Hazard’ yang diletakkan oleh pihak pengurusan sebanyak £ 100 juta.

Menurutnya, beliau menyifatkan nilai £100 juta itu terlalu murah buat bintang sensasi The Blues itu.

LONDON, ENGLAND – MAY 05: Eden Hazard of Chelsea in action during the Premier League match between Chelsea FC and Watford FC at Stamford Bridge on May 05, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

“Nilai £100 juta itu adalah terlalu murah dalam pasaran ketika ini! Saya rasa kami sudah melihatnya dalam beberapa perpindahan sebelum ini.”

“Saya yakin kelab tidak mahu menjualnya, tetapi sudah tentu kami semua perlu menghormati keputusannya. Dia berada dalam musim terakhir kontraknya, jika dia mahu pengalaman yang berbeza, kami perlu menghormatinya. Tetapi kami dengan apa juga cara mahu meyakinkannya, tetapi ia tidak mudah,” kata Sarri menerusi Sky Sports.

Walaubagaimanapun, situasi Hazard sekarang, jika pemain itu tidak menandatangani lanjutan kontrak, Chelsea berisiko kehilangan Hazard secara percuma pada masa akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN