Quantcast

BERITA

Valverde: Maafkan Kami, Liverpool Lenyek Kami Dengan Teruk Hari Ini

Ernesto Valverde menjelaskan beliau tidak perlu memberikan apa-apa alasan di atas kekalahan Barcelona, hanya mampu meminta maaf kepada para penyokong.

Jose Mourinho dalam ulasan beliau menyatakan amat sukar untuk Valverde mahu menjelaskan tentang kekalahan seperti ini.

Barcelona kalah 4-0 di Anfield selepas membawa bekalan 3 gol kelebihan agregat daripada perlawanan pertama. Barcelona tewas 3-4 secara agregat.

Valverde menganggap penyingkiran Barcelona kali ini sebagai luar biasa. Beliau berkata: “Mereka [Liverpool] bermula dengan sangat agresif, sangat tinggi [high line] – seperti yang kami sudah jangka. Mereka menjaringkan gol pertama. Namun kami berjaya mendapatkan rentak.”

“Pada separuh masa pertama, kami ada beberapa peluang menjaringkan gol [namun gagal disudahkan].”

“Namun selepas Liverpool mendapat gol kedua, ianya telah melukakan kami kerana gol ketiga terus mereka dapat [jarak 2 minit antara gol tersebut].”

“Kami pula gagal menjaringkan sebarang gol dan mereka ‘melenyek’ kami dengan teruk.”

Valverde juga kecewa kerana apa yang mereka rancang gagal dilaksanakan di atas padang.

Menurut beliau lagi, selepas Liverpool mendapat gol ke-4, segalanya sudah berakhir untuk Barcelona.

Valverde mendapat tekanan daripada penyokong Barcelona yang mempertikaikan kredibiliti beliau meskipun sangat berjaya di peringkat domestik.

Valverde meminta maaf di atas kekalahan mereka. Beliau berkata: “Kami minta maaf. Setiap apa yang kami buat dan setiap apa yang kami persembahkan sentiasa untuk memuaskan para penyokong. Sebab itu para penyokong kami bangga dengan para pemain.”

“Dalam bola sepak, apa yang berlaku adalah, setiap orang mengharapkan anda sentiasa menang. Dan ada masanya kami juga kalah.”

“Apabila kalah, kami kalah dengan cara yang sangat menyakitkan. Kami tidak kalah langsung – dan hari ini kami sudah tersingkir. Dalam cerita ini, kita semua bersama-sama.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!