Apakah sebenarnya tujuan utama sesebuah kelab bola sepak mendapatkan khidmat pemain import? Pastilah untuk menambah tahap permainan pasukan apabila memiliki pemain yang kualitinya jauh lebih baik daripada pemain tempatan.
Tetapi seperti yang kita tahu, Liga Malaysia (Liga-M) cukup dikenali dengan pemain-pemain import ‘sampah’ yang ‘dikutip’ oleh beberapa pasukan yang begitu ‘cetek’ ilmu dan pengalamannya dalam merekrut pemain.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan sebenarnya tidak semua pasukan mempunyai skuad pemantau bakat atau lebih muda dipanggil scouting. Sebaliknya pengurusan mereka secara mudah dipermainkan oleh ejen-ejen pemain yang menawarkan pemain import kepada mereka.
Pemain import baharu skuad Hijau Kuning, Dennis Buschening merupakan bukti nyata betapa lemahnya scouting Kedah.
Pemain kacukan Jerman-Thai Jadi Sandaran Kedah Hadapi Musim 2022
Adakah hanya disebabkan penyerang berusia 30 tahun itu mempunyai darah kacukan Thailand-Jerman ia telah cukup untuk membuktikan kemampuannya?
Berdasarkan rekod, Buschening langsung tidak pernah dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan Thailand. Satu-satunya pengalamannya di peringkat antarabangsa adalah mewakili skuad bawah 17 tahun (B-17) Jerman.
Jika mengambil perkiraan paling mudah, meskipun Thailand telah menjuarai kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 tempoh hari, kualiti skuad Gajah Perang itu bukanlah terlalu jauh berbanding pasukan negara kita berdasarkan rekod pertemuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Rekod jaringan Buschening untuk pasukan yang diwakilinya untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini juga sudah menunjukkan bahawa beliau bukanlah seorang penyerang berbisa yang boleh diharapkan untuk menjaringkan 20 gol semusim.
Statistik keseluruhnnya sepanjang dua musim dalam kancah Liga Malaysia juga mewakili Sabah dan UiTM juga tidak begitu memberansangkan.
Karier Dennis Buschening di Malaysia:
2020 – Sabah
2021 – UiTM FC
2022 – Kedah Darul Aman FCPemain kacukan Thai-Jerman ini akan beraksi dalam Liga Malaysia untuk musim ketiga berturut-turut.
Foto: Kedah Darul Aman FC, Lensa The Lions, MFL#LigaSuper2022 pic.twitter.com/bzTQsqhySx
— Sukanz. (@sukanzcom) January 15, 2022
Adakah hanya disebabkan pemain ini pernah beraksi baik ketika menentang Kedah mewakili UiTM pada musim lalu sudah cukup untuk mengujakan pengurusan pasukan tersebut?
Sebagai kelab yang berstatus naib juara Liga Super dan bakal mewakili negara untuk pentas AFC, Kedah seharusnya mendapat pemain import yang lebih bagus reputasinya.
Lihat sahaja contoh pasukan Kelantan yang mengambil import berdasarkan rekod semasa.
Walaupun mewakili slot pemain import Asia Tenggara, slot itu dilihat sangat penting jika Kedah mendapatkan pemain yang bagus dan menjadi tidak berguna jika Kedah gagal dapatkan pemain yang berkualiti.
Untuk dua musim sebelum ini, dua pemain import dari Asia Tenggara iaitu Amin Nazari (Fiilpina) dan Anumanthan Kumar (Singapura) gagal memberi impak yang baik sedangkan dua pemain ini mewakili negara masing-masing.
Adakah Kedah semakin ‘downgrade’ pada slot Asia Tenggara mereka?
Apa yang dilihat barisan kejurulatihan, skuad pemantau bakat dan pengurusan Kedah mengenai beliau? Kali terakhir slot Asean yang bagus untuk Kedah hanyalah Shakir Hamzah. Seterusnya tiada. Hanya setara pemain tempatan biasa sahaja.
Sistem pengambilan import Kedah saban tahun menjadi masalah yang akan membantutkan momentum perjalanan skuad dalam liga dengan masalah prestasi yang tidak bagus, tidak kena dengan taktikal pasukan atau mengalami rekod kecederaan dan disiplin.