Terdesak Mahu Ke Sepanyol, Bintang Man Utd Bakal Tamatkan Kontrak Bulan Ini

Bintang Manchester United, Juan Mata berkemungkinan akan meninggalkan Old Trafford bulan ini dengan pemain kebangsaan Sepanyol itu sedang berunding dengan gergasi La Liga, Real Sociedad.

Real Sociedad sangat berminat untuk membawa Juan Mata ke Anoeta secepat yang mungkin dan mereka sangat berharap ia akan berlaku pada bulan ini.

Kontrak Juan Mata bersama Red Devils akan tamat pada penghujung musim ini nanti, namun Sociedad tidak mahu menunggu lebih lama.

Gergasi Sepanyol itu telah memujuk Mata supaya membatalkan kontraknya agar mereka boleh menandatangani beliau secara percuma sahaja.

Pemain midfield United itu sepertinya tidak begitu diperlukan lagi di Old Trafford, dengan beliau sepanjang musim ini baru membuat tiga penampilan sahaja dari semua pertandingan.

Beliau bahkan masih belum membuat sebarang penampilan lagi dalam saingan Premier League sepanjang musim ini.

Di usia 33 tahun, beliau sepertinya masih boleh bermain beberapa musim lagi dan Real Sociedad menawarkan minit permainan kepada Mata andai beliau mahu sertai mereka.

Skuad kendalian Imanol Alguacil pada ketika ini sedang berada di kedudukan kelima dalam carta saingan La Liga, dengan mereka mengumpul kutipan mata yang sama dengan Atletico Madrid yang berada di kedudukan keempat.

Sudah tentu Real Sociedad mahu berusaha sehabis daya mereka untuk menamatkan saingan liga di kedudukan empat teratas, agar mereka dapat beraksi di pentas saingan Champions League musim hadapan.

Pengalaman Juan Mata sangat diperlukan oleh kelab untuk membantu mereka mara lebih jauh dan kerana itulah mereka sangat terdesak untuk membawanya pada bulan ini.

Sociedad telah menandatangani David Silva dari Manchester City pada tahun lalu menerusi perjanjian perpindahan percuma.

Dengan mendapatkan Juan Mata nanti, maka Sociedad akan mendapat seorang lagi pemain berpengalaman, dan ia sebenarnya sangat membantu mereka baik dalam mahupun di luar padang.

Seandainya rundingan itu gagal dimuktamadkan pada bulan ini, maka Real Sociedad akan terpaksa menunggu sehingga musim panas nanti, untuk mendapatkan Mata secara percuma.

Kebarangkalian untuk Juan Mata menandatangani pra kontrak bersama Sociedad dalam masa terdekat ini juga mungkin akan berlaku kerana bintang Sepanyol itu sudah bertekad mahu meninggalkan Old Trafford.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa ayah kepada Juan Mata telah pergi bertemu Presiden Real Sociedad, Jokin Aperribay untuk berunding tentang hal tersebut.

Laporan sama turut menegaskan yang pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick sama sekali tiada masalah untuk melepaskan Mata pergi, seandainya beliau benar-benar mahu meninggalkan Old Trafford.

Rangnick tiada masalah untuk melepaskan Juan Mata kerana bintang Sepanyol itu sememangnya tiada dalam perancangan beliau pada musim ini.

Juan Mata menandatangani perjanjian bersama Manchester United pada Januari 2014 dari Chelsea dan menjadi antara pemain terbaik skuad pada ketika itu.

Selepas tujuh tahun, beliau telah membuat 276 penampilan untuk kelab, menjaringkan 51 gol dan mencatatkan 47 assists sepanjang tempoh tersebut.

Beliau turut cemerlang menjulang empat Piala di Old Trafford termasuk FA Cup pada tahun 2016 dan Europa League pada tahun 2017.

Juan Mata sudah tidak diperlukan lagi

Sangat jelas terlihat sekarang yang masa depan Juan Mata bersama Manchester United sudah berakhir dengan khidmat beliau juga tidak lagi diperlukan oleh kelab.

Tidak pasti sama ada beliau akan meninggalkan kelab pada bulan ini atau musim panas nanti, namun satu hal yang pasti, beliau akan tetap meninggalkan kelab.

Perpindahan menyertai Real Sociedad berkemungkinan akan menjadi destinasi terakhir beliau, sebelum secara rasminya bersara dari dunia bola sepak.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu bakal berusia 34 tahun tidak lama lagi dan sudah tentu keputusan mengikut jejak langkah Silva untuk kembali ke negara sendiri bakal menjadi keputusan paling tepat untuknya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN