Impian Yusoff Mahadi Untuk Menggandakan Hadiah Liga M3 Tercapai

Saingan Liga M3 pada musim ini dijangka bakal hadir dengan suasana yang lebih rancak setelah kembali diberi nafas baharu termasuk mengenai tawaran hadiah kemenangan yang meningkat tiga kali ganda kepada RM100,000 buat pasukan yang menjuarai musim 2022.

Perkara positif tersebut diumumkan sendiri oleh Datuk Yusoff Mahadi yang juga merupakan Presiden Liga Bolasepak Amatur (AFL) ketika Majlis Undian Liga M3 2022 berlangsung semalam di Petaling Jaya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, lonjakan nilai hadiah kemenangan yang lebih tinggi berbanding Cuma RM30,000 sebelum ini bertujuan untuk meningkatkan semangat dalam setiap pasukan untuk bersaing dan memperagakan aksi yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Memang menjadi cita-cita kita untuk menjadikan hadiah kemenangan itu berbaloi dan berpatutan dengan usaha ditunjukkan setiap pasukan. Kita mahu pastikan setiap pasukan diuruskan dengan baik.

“Kalau kita berjaya mendapatkan penaja yang lebih banyak pada masa akan datang, mungkin kita boleh tambahkan lagi hadiah kemenangan untuk diberikan kepada pasukan yang bertanding,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain mengenai perjalanan semasa menjelang saingan, Yusoff telah mengesahkan Liga M3 kali ini akan dibarisi sepenuhnya oleh pemain tempatan untuk memberi peluang buat mereka saling mempamerkan kemampuan masing-masing yang dilihat mampu memberi gambaran positif dalam bola sepak tanah air.

“Kita tidak benarkan pemain import kerana ini adalah tahun pertama M3 dijalankan selepas berehat dua tahun. Kita tidak mahu timbul banyak masalah nanti.

“Kita memang ada idea (benarkan pemain import di Liga M3) tetapi kita akan lihat cadangan itu pada tahun akan datang,” katanya.

Liga M3 bakal membuka tirai saingan pada bulan Februari ini dengan menyaksikan 193 perlawanan bakal berlangsung sepanjang liga berjalan.

Kesemua 20 pasukan bertanding akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B di mana setiap kumpulan terdiri daripada 10 pasukan.

Peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati akan dimainkan secara dua pusingan manakala pentas Final akan menyaksikan dua pasukan berentap dalam satu perlawanan bagi merebut gelaran juara Liga M3 2022.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN