Pengajaran Dari Kes Man City, UEFA Bakal Perkenalkan Peraturan Kewangan Baharu ‘Lebih Ketat’ Menggantikan FFP

UEFA FFP
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dilaporkan bersedia untuk memperkenalkan peraturan kewangan baharu bagi kelab-kelab Eropah yang akan menggantikan peraturan Financial Fair Play (FFP) yang banyak mendapat cemuhan

Peraturan FFP mendapat kritikan pelbagai pihak selepas ianya dilihat tidak berfungsi sepenuhnya serta gagal untuk membantu mengurangkan jurang antara kelab bola sepak agar sukan ini dilihat lebih adil buat semua pasukan yang bertanding di Eropah.

Keadaan bertambah buruk apabila peraturan yang dikuatkuasakan oleh badan induk bola sepak Eropah tersebut turut gagal untuk dikuatkuasakan sepenuhnya dalam kes melibatkan Manchester City.

Kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan didapati bersalah melanggar peraturan FFP kerana pemalsuan penyata tajaan, namun berjaya mengetepikan hukuman penggantungan beraksi di pertandingan Eropah selepas membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Malah City juga berjaya mengurangkan hukuman denda yang sepatutnya dikenakan sebanyak €30 juta kepada €10 juta.

Pada waktu itu antara yang bersuara adalah Jose Mourinho yang menganggap FFP hanya diibaratkan seperti ‘sarkas’ kerana peraturan tersebut seolah-olah tidak lagi memberi apa-apa makna dalam pasaran perpindahan.

Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich menerusi CEO kelab, Karl-Heinz Rummenigge turut mengecam UEFA di atas kelemahan peraturan tersebut.

Melihat adanya kelompongan pada peraturan di bawahnya, UEFA dijangka memperkenalkan peraturan baharu yang lebih ketat.

Menurut laporan New York Times, peraturan baharu itu tidak membenarkan kelab berbelanja untuk kos operasi pasukan melibatkan gaji pemain, yuran perpindahan dan lain-lain melebihi 70 peratus dariada jumlah pendapatan.

Memandangkan nama FFP sudah ‘busuk’, UEFA dikatakan akan menamakan peraturan baharu itu dengan Financial Sustainability Regulations (FSR).

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN