“Mob Mentality” – Southgate Bidas Penyokong England Yang Toksik Sengaja Ejek Maguire

“Mob mentality”. Mungkin tidak semua daripada kita biasa dan memahami frasa ini. Mob mentality membawa maksud sifat dan sikap yang dilakukan seorang atas dasar ikut-ikutan, tanpa memahami sebab ianya dilakukan.

Ia juga mungkin dipengaruhi oleh stigma atau fahaman yang dibawa oleh kumpulan tertentu dengan niat atau tanpa niat. Apa pun niat tersebut, ia membawa elemen negatif dan toksik – sesuatu yang berniat untuk menjatuhkan.

Dan itulah perkara yang digariskan oleh pengurus England, Gareth Southgate terhadap segelintir penyokong England yang bertindak mencemuh pemain pertahanan Manchester United itu dalam perlawanan antarabangsa menentang Ivory Coast di Wembley pada awal pagi tadi.

Pudarkan minat pemain wakili negara?

Bagi Southgate, tindakan membuta tuli penyokong yang gemar mencemuh pemain tanpa sebarang sebab boleh menyebabkan pemain hilang minat mewakili pasukan negara pada masa hadapan.

“Reaksi [daripada penyokong] adalah karut, ia sangat mengarut,” kata Southgate.

“Saya tidak tahu bagaimana ia [cemuhan] boleh mendatangkan keuntungan kepada setiap kita. Sama ada kita bersama [menyokong] pasukan ini, atau tidak.

“Saya juga terbayang sekiranya anda bertanya kepada mereka [yang mencemuh] mengapa perlu berbuat demikian, mereka mungkin tidak mempunyai jawapan. Ia adalah mentaliti ikut-ikutan [mob mentality].

“[Ketika perlawanan] di satu sudut ada segelintir kumpulan cuba melaungkan [mencemuh] namanya. Bukanlah semua penyokong.

“Pemain pula akan mencari dan berfikir ia mungkin diri mereka. Ia membuatkan pemain enggan lagi datang [bersama pasukan]. Ia pernah berlaku dulu terhadap John Barnes.

“Kita mahu Harry [Maguire] beraksi dengan cemerlang. Kita tidak akan jadi juara dunia dengan kelompok pemain yang hanya memiliki 3-4 kaps. Ia tidak pernah berlaku di dalam sejarah pertandingan.”

Southgate tak faham

Lebih pelik buat Southgate adalah kerana prestasi Maguire bersama pasukan England khususnya dalam perlawanan pada awal pagi tadi sebenarnya amat baik.

“Aksi yang ditampilkannya amat fenonemal, sebab itu saya tidak faham,” tambah Southgate lagi.

“Beliau [Maguire] menyarung jersi England dan anda harus memberikan sokongan kepada pemain yang menyarung jersi England walau apa pun sebab. Tetapi apabila beliau menampilkan aksi dengan standard sedemikian untuk pasukan, ia sepatutnya lebih lagi dengan penuh komitmen diberikan di belakang pemain.

“Prestasi yang ditampilkannya amat bagus sebenarnya. Beliau melibatkan diri daripada belakang untuk gol pertama pasukan, dan turut terlibat dengan gol kedua. Semua pemain kini bersatu. Mereka sedar adakalanya ada pemain akan melalui detik sukar, tetapi Maguire adalah pemain yang berkualiti dan dia akan mengatasi semua ini.

“Ada sebahagian penyokong England yang benar-benar setia. ada juga yang mudah dipengaruhi oleh apa sahaja pendapat atau media sosial. Situasi di kelab [Manchester United] memang sukar, tetapi bukankah sekarang beliau menyarung jersi England?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN