Nampak seperti Mile Jedinak adalah seorang pemain yang cukup patuh pada arahan.
Beliau mematuhi arahan yang diberikan oleh pengadil, Mike Dean pada aksi liga yang lalu.
Lambat-lambatkan permainan
Ketika aksi Second City Derby antara Birmingham City dan Aston Villa di Stadium St. Andrews, 2 musuh tradisi ini bertemu semula dalam aksi liga sejak sekian lama tidak bertemu.
Dalam perlawanan itu, Aston Villa berjaya memperoleh gol pembukaan hasil jaringan daripada Gary Gadner.
Gol itu dihasilkan membuatkan 10 daripada 11 pemain Aston Villa berlari ke laju menuju ke tempat duduk penyokong mereka yang berada jauh di teres stadium yang lain.
Ketika semua pemain hampir tiba ke tempat duduk penyokong Aston Villa untuk bersama-sama meraikan gol. Mile Jedinak juga tidak mahu ketinggalan menyertai mereka.
Namun begitu, ketika di tengah padang, pergerakan beliau dihentikan oleh pengadil Mike Dean.
Dean mengatakan sesuatu kepada Jedinak agar beliau tidak menyertai rakan-rakan beliau. Walaupun pada mulanya Jedinak mempersoalkan arahan Dean, tetapi selepas itu beliau menurut arahan tersebut.
Arahan yang diberikan oleh Dean kepada Jedinak itu disebabkan Dean tidak mahu Aston Villa dibolosi oleh Birmingham City seawal selepas mereka menjaringkan gol.
Hal ini bukanlah kerana Dean adalah seorang peminat Aston Villa, namun ia lebih kepada arahan teknikal dalam bola sepak.
Dean mengarahkan Jedinak untuk terus kekal di zon Birmingham City semasa rakan-rakannya sedang meraikan gol di zon sendiri bagi menghalang pemain-pemain Birmingham City memulakan permainan tanpa menunggu kesemua pemain Aston Villa bersedia.
Arahan tersebut memang sudah termaktub dalam peraturan FIFA yang memerlukan kesemua pemain berada di zon sendiri apabila pihak lawan mahu memulakan semula permainan.
Dean kemudiannya mendapat pujian daripada persatuan pengadil untuk Liga Inggeris. Mereka menyifatkan tindakan Dean tersebut bersesuaian dengan situasi perlawanan.
Tindakan Dean itu juga bersesuaian dengan situasi perlawanan ketika itu dimana terdapat botol-botol dibaling oleh para penyokong ke dalam padang.
Jadi, ia memerlukan sedikit masa untuk mengalihkan botol-botol itu daripada padang.
Ditolak-tolak
Namun begitu, tindakan Jedinak tersebut tidak disenangi oleh para pemain Birmingham City.
Menyedari sedang ketinggalan ditangan musuh tradisi dan sedar ada peluang terbaik untuk menjaringkan gol dengan segara.
Para pemain Birmingham City cuba menolak Jedinak meletakkan dirinya di zon Birmingham City bagi mengelak mereka boleh memulakan semula permainan dengan segera.
Jedinak tetap teguh berdiri di zon Birmingham City sehinggalah rakan-rakan beliau sudah selesai meraikan gol bersama penyokong-penyokong Aston Villa.
Namun begitu, Birmingham City membalas semula tindakan yang dlakukan Jedinak.
Selepas mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil jaringan David Davis, pemain Lukas Jutkiewicz sengaja mengikat tali kasut di zon Aston Villa bagi menghalang pemain Aston Villa memulakan permainan dengan segera.
Baca juga: Second City Derby, Perseteruan ‘Besar’ Yang Kian Dilupakan