Penyerang Gagal Jaring Gol Dalam 7 Perlawanan, Peminat Upah Imam Buat Solat Hajat

Ini merupakan berita paling tidak disangka-sangka yang kami terima pada hari ini!

Ya kami tahu adalah satu perkara yang baik untuk kita berdoa meminta sesuatu kepada Tuhan. Tapi bagi kami berdoa agar penyerang pasukan kegemaran anda menjaringkan gol macam sesuatu yang agak janggal.

Upah imam

Cerita ini berlaku di Turki, di mana sebuah kelab bernama Alanyaspor yang sedang beraksi di Super Lig yang merupakan liga tertinggi dalam struktur bola sepak Turki.

Mereka kini sedang bergelut dengan masalah prestasi. Alanyaspor kini menduduki tangga ke-16 daripada 18 pasukan yang bertanding dalam liga tersebut selepas 9 perlawanan.

Mereka dalam situasi bahaya kerana kini mereka sedang berada di zon penyingkiran selepas mengutip hanya 8 mata daripada 9 perlawanan sahaja.

Oleh kerana itu, para peminat Alanyaspor yang sedang gusar dengan situasi pasukan mereka melakukan satu tindakan luar jangkaan.

Mereka mengupah imam profesional bagi mengimamkan solat hajat untuk penyerang mereka – Vagner Love!

cri3pf-xyaaiwmm

Peminat Alanyaspor melakukan tindakan sedemikian agar Vagner Love kembali menjaringkan gol. Setakat ini, beliau gagal menjaringkan gol dalam 7 perlawanan liga!

Menurut sumber yang dipetik dari Turki, para penyokong Alanyaspor yakin dengan bantuan imam profesional itu Vagner Love akan kembali menjaringkan gol.

Menurut mereka, peminat Alanyaspor akan mengadakan acara yang diberi nama Vagneer Love khas untuk Vagner Love agar beliau kembali menjaringkan gol untuk membantu pasukan mereka memenangi liga.

Dalam majlis solat hajat itu, video gol-gol yang dijaringkan oleh Vagner Love pada perlawanan-perlawanan sebelumnya akan ditayangkan di skrin besar ketika sesi doa sedang dibacakan oleh imam.

Pada waktu itu juga, biskut dan kudapan juga akan dihidangkan kepada mereka yang hadir.

OrangSolat

Pembelian termahal

Ada sebab mengapa sampai begitu sekali peminat Alanyaspor berbuat sedemikian terhadap Vagner Love.

Hal ini kerana beliau adalah pembelian termahal dalam sejarah Alanyaspor!

Alanyaspor membeli Vagner Love dari AS Monaco pada hari terakhir jendela perpindahan bulan Ogos yang lalu. Namun begitu, nilai perpindahan tidak dapat dipastikan.

Perpindahan Vagner Love ke Alanyaspor ternyata memberikan keterujaan yang cukup tinggi kepada peminat-peminat Alanyaspor. Namun sehingga kini, beliau gagal mencapai jangkaan yang diberikan kepadanya.

Baca juga: https: Jermaine Pennant: “Liga Singapura Tak Akan Maju Walaupun Mereka Bawa Lionel Messi”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN