Stetua Bucharest: Bagaimana Kelab Gergasi Romania Ini Kehilangan Identitinya

Apa rasanya jika kelab yang selama ini mencipta pelbagai sejarah dan menjadi pujaan hampir di serata negara tiba-tiba hilang identitinya?

Pasti ia membuatkan penyokong yang selama ini menyokong mereka berasa janggal kerana kelab yang mereka sorakkan selama ini menjadi sebuah pasukan yang diibaratkan baru ditubuhkan.

Ini kisah Steaua Bucharest untuk anda.

Si Tentera

Steaua Bucharest mempunyai nama samaran iaitu Si Tentera atau Militarii dalam bahasa Romania.

Kelab ini berakar umbi daripada penubuhan Asociația Sportivă a Armatei București (Persatuan Sukan Tentera Bucharest) yang ditubuhkan pada 7 Jun 1947.

Mereka juga pernah mengalami beberapa kali evolusi nama pasukan seperti pada 1948 mereka bertukar menjadi Clubul Sportiv Central al Armatei (Pusat Kelab Sukan Tentera) dan Clubul Sportiv al Armatei Steaua (Kelab Sukan Tentera Steaua) pada 1961.

Selain itu juga mereka pernah beberapa kali menukar logo pasukan seperti yang dilakukan pada tahun 1947, 1961 dan 1974.

Jadi secara kesimpulannya, Steaua Bucharest merupakan sebuah kelab yang dimiliki oleh Kementerian Pertahanan Romania.

Semua masalah ini bermula pada sekitar 1999 apabila Kementerian Pertahanan Romania memutuskan yang mereka tidak punya dana untuk menampung perbelanjaan Steaua Bucharest.

Lalu, datang George Becalli (gambar bawah) untuk menyelamatkan Steaua Bucharest.

slujba_sfanta_parascheva___ias

Becalli digambarkan sebagai seorang pemilik yang tidak meminati bola sepak namun beliau mempunyai wang. Lalu dengan tanpa peguam serta hitam putih perjanjian, Becalli menjadi pemilik Steaua Bucharest hanya melalui perjanjian mulut sahaja.

Segalanya tampak baik apabila Steaua Bucharest kekal menjadi kuasa utama dalam bola sepak Romania.

Namun pada 2013, Becalli dihumban ke dalam penjara selepas beliau didapati bersalah hasil skandal penjualan tanah antara beliau dengan Kementerian Pertahanan Romania.

Tindakan makhamah

Sejak kemasukan Becalli ke dalam penjara, Steaua Bucharest mula menghadapi pelbagai masalah.

Pada 2014, Kementerian Pertahanan Romania telah mengheret Steaua Bucharest ke mahkamah kerana mereka ingin menuntut semula hak diatas hak kelab tersebut.

Ini termasuklah dengan nama, logo, stadium malah sejarah mereka.

Pemimpin kelab sudah berusaha untuk memenangi kes tersebut namun begitu Mahkamah Tinggi Romania telah memutuskan kesemua hak tersebut adalah milik Kementerian Pertahanan Romania pada Disember 2014.

Oleh yang demikian, Steaua Bucharest perlu menukar nama mereka serta logo mereka.

Selama sebulan, Steaua Bucharest terpaksa bermain dengan tanpa logo pasukan. Malah ketika bermain di laman sendiri, tiada logo pasukan ditayangkan untuk Steaua Bucharest di papan markah elektronik mereka.

fcsbskor

Dalam tempoh itu juga, segala logo dan nama Steaua Bucharest yang tertera di stadium, padang latihan, bas pasukan malah dimana sahaja perlu ditanggalkan.

basfcsb

Dan pada Januari 2015, mereka berjaya memperoleh logo baharu dan kini mereka dikenali sebagai FC Steaua Bucharest.

Penyokong berpecah kepada dua

Masalah ini ternyata membuatkan penyokong terpecah kepada 2 kelompok.

Walaupun mereka berjaya memperoleh logo baharu dan nama baharu. Sebahagian penyokong tidak boleh menerima perubahan yang dilakukan secara ‘terpaksa’ itu.

Memandangkan Steaua Bucharest ini bukan sahaja kelab bola sepak. Penyokong Steaua Bucharest yang terdiri daripada gerakan ultras pergi menyokong pasukan Steaua Bucharest yang beraksi dalam liga bola keranjang, polo dan bola baling.

Namun, terdapat satu lagi kelompok penyokong yang masih hadir ke stadium menyokong pasukan ketika mereka sedang mengalami krisis identiti.

Krisis identiti yang mereka hadapi sedikit demi sedikit mula menemui jalan pemulihan terutamanya dari pihak penyokong.

Sokongan terhadap kelab mula kembali ampuh walaupun satu ketika penyokong terpecah kepada 2 kelompok.

Selepas kehilangan hak terhadap stadium asal, mereka kini beraksi di National Arena yang juga merupakan gelanggang rasmi untuk pasukan kebangsaan Romania.

Baca juga: Penyokong Steaua Bucharest Kena ‘Troll’ Musuh Tradisi, Pamer Tifo Hina Kelab Sendiri

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN