Penajaan Jersi Di EPL: Apa Yang Penaja Dapat?

Jersi merupakan satu lambang identiti sesebuah pasukan.

Namun bagi pasukan bola sepak moden, jersi adalah ‘papan iklan’ paling berkuasa untuk menjana pendapatan pasukan.

Hal ini jelas terbukti apabila jumlah keseluruhan hasil penajaan jersi semua pasukan Premier League pada musim ini adalah £226 juta!

Dengan meletakkan logo syarikat pada jersi pasukan, syarikat tersebut sebenarnya sedang melakukan kempen brand awareness.

Melalui kempen brand awareness ini:

  • peminat bola sepak yang sudah kenal jenama syarikat penaja akan lebih mengingati jenama syarikat
  • peminat bola sepak yang tak kenal jenama syarikat penaja akan mula kenal dengan jenama mereka

Penaja jersi Middlesbrough dapat durian runtuh

Penaja jersi kelab di UK boleh mendapat ‘durian runtuh’ jika pasukan pasukan yang ditaja mereka bermain dengan cemerlang.

Lebih-lebih lagi jika pasukan yang ditaja mereka dipromosi ke Premier League; sebuah liga yang ditonton oleh penduduk 225 negara di seluruh dunia.

Inilah yang berlaku kepada Ramsden (sebuah syarikat pajak gadai dan pengurup mata wang asing di UK) yang menaja Middlesbrough sejak 2013.

Apabila Middlesbrough dipromosi ke Premier League pada musim ini (2016/2017), Ketua Pengarah Eksekutif Ramsden, Peter Kenyon (tiada kaitan dengan bekas Pengarah Manchester United dan Chelsea) berkata:

“Pada musim depan, syarikat saya akan berada sebaris dengan Chevrolet (penaja Manchester United), Standard Chartered (Liverpool), Fly Emirates (Arsenal) dan banyak lagi syarikat besar-besar.”

“Padahal syarikat saya tiada cawangan dan perniagaan di luar negara pun.”

Menurut klausa kontrak penajaan Ramsden dan Middlesbrough, jika kelab utara Yorkshire itu dipromosi ke Premier League, Ramsden mesti menaikkan jumlah tajaan sebanyak 2 kali ganda.

The Guardian melaporkan selepas klausa tersebut diaktifkan, Ramsden hanya membayar £1 juta setahun kepada Middlesbrough!

Sedangkan Chevrolet membayar £47 juta setahun untuk menaja jersi Manchester United. Malah AON membayar jumlah wang 10 kali ganda daripada Ramsden hanya untuk menaja jersi latihan Manchester United!

8989B0ED70C747DC9B0E21DF2C1686E1 (1)

Yokohama Tyres pula membayar £40 juta setahun kepada Chelsea. Fly Emirates pula membayar £30 juta setahun kepada Arsenal.

Syarikat kecil milik Kenyon kini sedang ‘bergesel bahu’ dengan gergasi industri dari seluruh dunia.

Screen-Shot-2016-09-04-at-7.11.18-PM-compressor (1)

Adakah tajaan jersi berbaloi?

Premier League disiarkan secara langsung ke 225 buah negara. Hasil pendapatan siaran langsung Premier League dianggarkan mencecah £3 billion, dengan 29% (£857 juta) daripadanya datang dari benua Asia dan Oceania sahaja.

Jumlah pendapatan yang lumayan ini membangkitkan satu soalan: adakah dengan pendapatan lumayan Premier League ini membolehkan pasukan tak perlu lagi mencari penaja jersi?

Jika mereka masih mahukan penaja pun, pasukan pasti mahukan jumlah penajaan yang sangat tinggi.

Adakah itu berbaloi bagi penaja?

Menurut pakar ekonomi, jawapannya adalah ya. Lebih-lebih lagi kepada kelab-kelab besar.

“Kita lihat pada 2006 apabila American Insurans Group (AIG) menaja Manchester United. Mereka ketika itu bukanlah jenama insurans yang dikenali di UK ataupun Eropah.”

“Namun selepas menaja Manchester United, mereka semakin dikenali dan sudah boleh berdiri dengan kaki sendiri.”

Top-10-Manchester-United-Kits (2)

Hanya yang berduit akan dilayan

Apabila kelab-kelab Premier League hanya melayan nilai tajaan jersi yang lumayan, hanya syarikat-syarikat yang membuat perniagaan dalam industri lumayan yang boleh menaja mereka.

Pada zaman 90-an, industri yang lumayan adalah industri pembuatan elektronik.

Pada zaman sekarang, industri yang lumayan adalah industri perjudian.

Di Premier League sahaja sudah menyaksikan 5 pasukan ditaja oleh syarikat perjudian Asia. 5 pasukan tersebut adalah:

  • Swansea (BetEast)
  • West Brom (K8)
  • Sunderland (Dafabet)
  • Burnley (Dafabet)
  • Hull City (SportPesa)

Penaja kecil juga boleh untung

Meskipun kehadiran syarikat-syarikat perjudian yang kaya-raya ini menyebabkan syarikat-syarikat kecil tidak lagi berpeluang menaja pasukan Premier League, ia juga mempunyai rahmat disebaliknya.

Contoh terbaik adalah penaja Hull City pada musim lepas.

Apabila Hull City tersingkir dari Premier League pada musim 2014/2015, 12Bet (sebuah lagi syarikat perjudian Asia) menamatkan kontrak tajaan jersi mereka.

Terdesak mencari penaja jersi baru, Hull City menenerima tawaran tajaan dari Flamingo Land; sebuah taman tema dan zoo yang dimiliki oleh sebuah keluarga di Yorkshire.

Ternyata tajaan tersebut membawa rahmat dan rezeki yang besar kepada perniagaan Flamingo Land. Ini kerana Hull City bermain dengan cemerlang sekali ketika di Championship ada musim lepas.

Menurut Ketua Pengarah Flamingo Land, Gordon Gibb:

“Anda boleh kata kami syarikat penaja yang paling bernasib baik dalam sejarah bola sepak.”

Jualan tiket Flamingo Land meningkat mendadak. Bagaimanapun promosi Hull City ke Premier League juga bermakna mereka tidak lagi berupaya untuk menaja jersi Hull City.

Hull City kini ditaja oleh sebuah syarikat perjudian dari Kenya, SportPesa. The Guardian melaporkan terdapat 276 juta penonton Premier League di negara-negara sub-sahara Afrika.

Ramsden tak mampu

Berbalik kepada kisah penajaan Ramsden dengan Middlesbrough, Kenyon tak begitu optimistik dengan masa depan Ramsden sebagai penaja pasukan itu pada musim depan.

Kontrak tajaan syarikatnya dengan Middlesbrough masih lagi berbaki setahun (sehingga 2018).

Tetapi beliau yakin Middlebrough akan dapat menarik lebih banyak lagi syarikat besar untuk menaja jersi dan menebus kontrak tajaannya.

“Sekurang-kurangnya, trafik laman web saya dah menunjukkan peningkatan sejak Middlesbrough masuk Premier League. Saya dah puas hati,” menurut Kenyon lagi.

Sementara itu di Malaysia, kami tak tahulah apa yang diperolehi oleh penaja pasukan Liga Super (selain kontrak kerajaan negeri) apabila:

  • melihat laman web dan media sosial pasukan yang teruk
  • siaran langsung yang tak menyeluruh DAN
  • kempen pemasaran yang boleh dikatakan tiada untuk klien.

Baca juga:  Senarai Penaja 12 Pasukan Liga Super 2016 Dan Motif Tajaan Mereka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN