Para peminat terkejut beruk ketika mendengar pengulas memanggil nama pemain pertahanan Bayern Munich, Dayot Upamecano dengan nama Upamaguire ketika aksi pertembungan antara Manchester City bertemu gergasi Bundesliga itu awal pagi tadi.
Iya, pengulas tersebut dengan tenang dan yakin memanggil Upamecano dengan nama Upamaguire ketika beliau sedang mengulas aksi di peringkat suku akhir saingan Champions League itu.
Bayern Munich melayan kunjungan The Citizens ke Allianz Arena untuk aksi leg kedua peringkat suku akhir saingan Champions League awal pagi tadi.
— Khushan Kanakrai (@khushan_pro) April 19, 2023
Skuad kendalian Thomas Tuchel itu turun dengan misi mahu mencatatkan kemenangan selesa selepas mereka tewas 3-0 dalam aksi leg pertama di Etihad sebelum ini.
Walau Bayern yang terdesak mahu mencatatkan kemenangan besar dalam perlawanan tersebut, namun City yang terlebih dahulu memiliki kesempatan emas untuk membuka tirai jaringan pada aksi babak pertama.
Upamecano hampir sahaja memberi gol awal kepada City selepas beliau menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan pelawat pada minit ke-35 permainan.
Namun begitu, Bayern boleh menarik nafas lega kerana Erling Haaland gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Dayot Upamecano saved by the offside flag 😅 pic.twitter.com/Lp8yXzryvo
— B/R Football (@brfootball) April 19, 2023
Masuk aksi babak kedua, City akhirnya berjaya memecah kebuntuan selepas mereka membuka tirai jaringan menerusi Erling Haaland yang tenang menyempurnakan umpanan cantik dari Kevin de Bruyne.
Pemain kebangsaan Norway itu mudah mengayam-ayamkan Upamecano sebelum menewaskan Yann Sommer untuk gol pertama Manchester City dalam perlawanan ini.
Bayern walau bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada hujung-hujung aksi babak kedua permainan, menerusi Joshua Kimmich hasil sudut sepakan penalti.
Walau berjaya menyamakan kedudukan, namun Bayern terpaksa akur tersingkir dari saingan Champions League musim ini selepas mencatatkan kekalahan 4-1 menerusi keputusan aggregate.
Apa yang menarik perhatian peminat dari perlawanan ini adalah ketika pengulas dari Arab Saudi secara terang-terangan menukar nama Upamecano menjadi Upamaguire.
HAALAND DROPS UPAMECANO TO SCORE 😱 pic.twitter.com/j0twW7xedP
— ESPN FC (@ESPNFC) April 19, 2023
Iya, beliau dengan tenang memanggil nama Upamecano dengan nama Upamaguire dan rata-rata peminat percaya beliau menggelar pemain pertahanan Bayern itu dengan nama tersebut dengan niat mahu menyindir.
Seperti semua sedia maklum, ketua pasukan Manchester United itu sering menjadi bahan kecaman kerana beliau konsisten mempamerkan aksi dungu ketika diturunkan beraksi bersama skuad Red Devils.
Peminat sendiri kadang kala memberi gelaran jelmaan Maguire kepada mana-mana pemain pertahanan yang mempamerkan aksi dungu.
Dan kerana itulah peminat merasakan pengulas memanggil Upamecano dengan nama Upamaguire kerana menyindir persembahan pemain kebangsaan Perancis itu.
“Tak mungkin, dia panggil Upamecano, ‘Upamaguire’ secara terbuka seperti ini.”
HAALAND SKIES THE PENALTY AFTER AN UPAMECANO HANDBALL 😳 pic.twitter.com/qi1g3zAlt3
— ESPN FC (@ESPNFC) April 19, 2023
“Pengulas dari Arab sentiasa menghiburkan, bagaimana dia boleh terfikir untuk terus memberi nama baru kepada Upamecano?”
“Saya rasa kita semua kena akui yang Upamecano memang nampak seperti jelmaan Maguire dalam perlawanan ini, jadi tidak salahkan pengulas memanggil dia dengan gelaran Upamaguire.”
“Bruhhhh, dia betul-betul sebut Upamaguire dengan jelas.”
Tidak dinafikan yang Dayot Upamecano sememangnya tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dari kedua-dua perlawanan bertemu Manchester City.
Aksi leg pertama beliau mempamerkan aksi yang sangat hambar, dan Upamecano konsisten pamer rentak persembahan yang sama ketika aksi leg kedua di Allianz Arena awal pagi tadi.
One word for Upamecano… pic.twitter.com/rgQeKIgq4X
— YabaLeftOnline (@yabaleftonline) April 20, 2023
Kedunguan beliau sedikit sebanyak membantu memudahkan urusan Manchester City untuk menyingkirkan Bayern Munich di peringkat suku akhir.
The Citizens selepas ini akan turun beraksi bertemu Real Madrid di peringkat separuh akhir, dan jelas sekali Pep Guardiola akan berusaha semampu beliau untuk merealisasikan hasrat penyokong mahu menjulang Piala UCL pertama dalam sejarah kelab mereka.