Peminat bola sepak tempatan sangat terharu melihat sikap murni David Rowley yang sanggup berkorban segalanya demi untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Malaysia.
Pemain kelahiran Australia itu mendedahkan yang beliau telah membatalkan segala perancangan beliau bersama keluarganya demi untuk menerima panggilan beraksi bersama skuad kebangsaan.
Apa yang lebih mengharukan lagi, Rowley sebenarnya baru tiga hari mendarat di Jerman untuk bertemu keluarganya yang sudah tiga tahun berpisah dengannya, dan beliau segera kembali ke Malaysia selepas mendapat panggilan untuk beraksi bersama Harimau Malaya.
Isteri saya terkejut! 😅 @ASTROARENA pic.twitter.com/wJupNvYsmd
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 7, 2022
Beliau sanggup mengetepikan segala hal yang sepatutnya menjadi keutamaan beliau semata-mata untuk menyarung jersi Harimau Malaya.
Sikap terpuji David Rowley itu berjaya mencuri perhatian peminat dengan rata-rata netizen menganggap bintang Sri Pahang itu lebih mencintai Malaysia berbanding anak jati sendiri.
David Rowley bahkan perlu bersaing dengan pemain-pemain lain untuk merebut tempat dalam skuad utama Malaysia dan beliau tiada masalah untuk hal tersebut.
Tidak kira dapat beraksi dalam skuad utama atau tidak, Rowley tetap segera kembali ke Malaysia selepas menerima panggilan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.
⚽️ Kesungguhan bertutur dalam Bahasa Malaysia
⚽️ Sanggup pulang ke Malaysia dalam tempoh 72 jam selepas tiba di Jerman
⚽️ Sedia penuhi tuntutan pasukanSemangat luar biasa pemain kacukan Malaysia-Australia, David Rowley #HarimauMalaya #AFFCup 🐅🇲🇾 pic.twitter.com/KqKfP0TsC6
— Nazrin Arif 🇲🇾 (@nazrinarifs15) December 8, 2022
Bercakap dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Rowley menyatakan:
“Kita tahu ada many strong player in midfield, Lee Tuck, Brendan Gan and a lot of competition and this is good, good for the team, because we push each other for level atas.”
Jelas David Rowley.
Beliau jelas sekali sedar yang persaingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama sangat sengit namun beliau tetap optimis itu adalah satu hal yang baik untuk skuad Harimau Malaya sendiri dan beliau akan berusaha lebih baik untuk diturunkan.
“Kamu tengok tahun ini dengan Pahang, saya main, saya score gol, enam gol, im good in the air dan coach Kim dia tahu this dan hopefully i can score some goals on coner, set pieces and also helping the young boys, we got a lot of young boys in this team.”
As easy as that, this is football. David rowley, you earn my respect bruh https://t.co/wnulT84DBq
— aizat 🇲🇾🇵🇸 (@__zulhaizat) December 8, 2022
David Rowley deserved..harap2 dia perform nnt dgn national squad!! https://t.co/0uybgqHLa9
— Syimir (@syimirmzln) December 7, 2022
Rowley kemudiannya bercakap tentang bagaimana beliau kembali ke Malaysia selepas baru 3 hari sahaja bersama keluarganya di Jerman dengan menyatakan:
“Saya balik Jerman dan lepas 3 hari, saya cakap isteri saya, ‘sorry, maaf saya mesti balik, balik Malaysia, and she shock but happy.”
Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai apa-apa perancangan pada cuti kali ini, Rowley mendedahkan bahawa:
“Saya ada plan, saya tak tengok family, keluarga isteri untuk tiga tahun, tapi this is football.”
Pemain tengah Harimau Malaya, David Rowley mengajak penyokong untuk hadir menyaksikan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat ini, 9.00 malam!
▶️ Klik di sini untuk pembelian terus https://t.co/V7ojDDhihg#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/u1pGT8VIoE
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 7, 2022
Para peminat bola sepak tempatan sangat terharu mendengar komen dari Rowley itu apa lagi selepas melihat semangat yang beliau tunjukkan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.
Semangat yang beliau tunjukkan sudah cukup untuk menggembirakan peminat dan semoga saja beliau bakal mampu untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya ketika bertemu Kemboja nanti.