Maguire Bangga Dapat Pujian Dari Ten Hag Atas Aksi Hebatnya Bersama England

Harry Maguire mendedahkan yang beliau telah mendapat sokongan padu dari Erik ten Hag yang sangat berpuas hati melihat persembahan hebatnya sepanjang kempen Piala Dunia Qatar ini.

Erik ten Hag dilaporkan telah menghantar mesej kepada Harry Maguire untuk menunjukkan sokongan beliau terhadap pemain pertahanan itu.

Maguire merupakan antara pemain paling berprestasi dalam skuad England pada ketika ini dengan aksi hebat beliau persembahkan berjaya membawa skuad The Three Lions itu untuk layak ke peringkat suku akhir.

Para penyokong England sendiri bahkan sangat terkejut melihat persembahan mantap yang dipersembahkan oleh Maguire di Qatar pada ketika ini.

Dari empat perlawanan bersama skuad England, Maguire berjaya membantu skuad kendalian Gareth Southgate itu untuk mencatatkan sekadar 2 bolos sahaja.

Maguire sendiri turut sangat yakin yang beliau bakal mampu membantu England untuk menjuarai saingan Piala Dunia pada tahun ini dan beliau turut mendedahkan tentang bagaimana Ten Hag menunjukkan sokongan padu kepadanya.

“Saya rasa satu hal yang boleh saya katakan adalah terdapat banyak perbezaan dari skuad 2018 dengan skuad yang ada sekarang. Saya rasa kami sangat yakin yang tak mustahil untuk berlaku sekarang (Menang Piala Dunia).”

Jelas Maguire.

“Saya bermain pada tahun 2018 dan kami layak ke peringkat separuh akhir dan saya rasa kebanyakkan mereka sangat gembira. Gembira kerana dapat menikmati aksi separuh akhir.”

“Kamu tahu, apa saja yang berlaku di peringkat separuh akhir kamu akan pulang ke rumah dan akan dianggap sebagai pahlawan oleh semua orang dan kamu akan dapat sokongan dari mereka semua.”

Maguire kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Saya rasa sekarang ramai yang percaya bahawa kami boleh memenangi pertandingan ini. Ada perubahan yang ketara dari segi mentaliti.”

“Sudah tentu, kita tahu bagaimana sukarnya apa yang kita lalui. Saya rasa ada lima ke enam pasukan yang akan ada tahap keyakinan yang sama seperti kami.”

“Tapi pada tahun 2018, kami bukanlah pasukan yang memiliki kepercayaan seperti itu. Sekarang memang ada lima ke enam pasukan yang ada kepercayaan itu dan kami salah satu darinya.”

Pemain berusia 29 tahun itu hanya membuat empat penampilan sahaja dalam saingan Premier League musim ini dengan beliau kemudiannya menyatakan bahawa:

“Ketika saya di luar, mereka mahu saya berikan sepenuh perhatian kepada skuad England.”

“Tapi saya ada terima mesej-mesej indah dari mereka yang mengatakan bahawa saya bermain dengan sangat baik dan mereka turut mengucapkan tahniah kerana layak ke suku akhir.”

“Saya sangat yakin mereka akan tonton perlawanan tapi Erik akan sokong Oranje Army. Saya rasa sangat seronok selepas mendapat sokongan dari mereka.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN