Peminat Terharu Melihat Sikap Murni Rowley Yang Sanggup Korbankan Segalanya Demi Malaysia

Peminat bola sepak tempatan sangat terharu melihat sikap murni David Rowley yang sanggup berkorban segalanya demi untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Malaysia.

Pemain kelahiran Australia itu mendedahkan yang beliau telah membatalkan segala perancangan beliau bersama keluarganya demi untuk menerima panggilan beraksi bersama skuad kebangsaan.

Apa yang lebih mengharukan lagi, Rowley sebenarnya baru tiga hari mendarat di Jerman untuk bertemu keluarganya yang sudah tiga tahun berpisah dengannya, dan beliau segera kembali ke Malaysia selepas mendapat panggilan untuk beraksi bersama Harimau Malaya.

Beliau sanggup mengetepikan segala hal yang sepatutnya menjadi keutamaan beliau semata-mata untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Sikap terpuji David Rowley itu berjaya mencuri perhatian peminat dengan rata-rata netizen menganggap bintang Sri Pahang itu lebih mencintai Malaysia berbanding anak jati sendiri.

David Rowley bahkan perlu bersaing dengan pemain-pemain lain untuk merebut tempat dalam skuad utama Malaysia dan beliau tiada masalah untuk hal tersebut.

Tidak kira dapat beraksi dalam skuad utama atau tidak, Rowley tetap segera kembali ke Malaysia selepas menerima panggilan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Bercakap dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Rowley menyatakan:

“Kita tahu ada many strong player in midfield, Lee Tuck, Brendan Gan and a lot of competition and this is good, good for the team, because we push each other for level atas.”

Jelas David Rowley.

Beliau jelas sekali sedar yang persaingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama sangat sengit namun beliau tetap optimis itu adalah satu hal yang baik untuk skuad Harimau Malaya sendiri dan beliau akan berusaha lebih baik untuk diturunkan.

“Kamu tengok tahun ini dengan Pahang, saya main, saya score gol, enam gol, im good in the air dan coach Kim dia tahu this dan hopefully i can score some goals on coner, set pieces and also helping the young boys, we got a lot of young boys in this team.”

Rowley kemudiannya bercakap tentang bagaimana beliau kembali ke Malaysia selepas baru 3 hari sahaja bersama keluarganya di Jerman dengan menyatakan:

“Saya balik Jerman dan lepas 3 hari, saya cakap isteri saya, ‘sorry, maaf saya mesti balik, balik Malaysia, and she shock but happy.”

Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai apa-apa perancangan pada cuti kali ini, Rowley mendedahkan bahawa:

“Saya ada plan, saya tak tengok family, keluarga isteri untuk tiga tahun, tapi this is football.”

Para peminat bola sepak tempatan sangat terharu mendengar komen dari Rowley itu apa lagi selepas melihat semangat yang beliau tunjukkan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Semangat yang beliau tunjukkan sudah cukup untuk menggembirakan peminat dan semoga saja beliau bakal mampu untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya ketika bertemu Kemboja nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN