Kekalahan England kepada Republik Czech pada perlawanan kelima pusingan kelayakan Euro 2020 rupanya menarik perhatian salah seorang pemimpin kanan parti PAS.
Menurut Bendahari PAS, Iskandar A Samad, kekalahan England tersebut sebenarnya dipalit konspirasi untuk menghalang Kosovo beraksi di kejohanan benua eropah itu pada tahun hadapan.
Bagi Iskandar, kekalahan England itu adalah sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana berdasarkan baki dua perlawanan, laluan Kosovo sudah dianggap sukar.
England kalah mengejutkan kpd Czech Republic. Adakah mereka berpakat utk menghalang Kosovo layak ke Euro 2020? Sekarang England ada 12 mata, Czech Republic 12 mata dan Kosovo 8 mata. Dgn Turki hampir pasti layak mungkin UEFA tidak akan suka 2 negara umat Islam di Euro 2020.
— Iskandar Samad (@iskandarsamad) October 13, 2019
“England kalah mengejutkan kepada Republik Czech.
“Adakah mereka berpakat untuk menghalang Kosovo layak ke Euro 2020?” katanya melalui Twitter beberapa hari lalu.
Dalam perlawanan yang dianggap hambar, England dikejutkan oleh Republik Czech 2-1, selepas bangkit ketinggalan dari gol awal Harry Kane.
Gol Republik Czech pula dijaringkan oleh Jacob Brabec dan Zdenek Ondrasek lima minit sebelum perlawanan tamat.
Did England and Czech Republic conspired to shut out Muslim majority Kosovo?
— Iskandar Samad (@iskandarsamad) October 13, 2019
Walaupun tewas, kedudukan England di tangga teratas Kumpulan A tidak tergugat. Kosovo pula menewaskan Montenegro 2-0 pada awal pagi tadi untuk berada di tangga ketiga Kumpulan A – ketinggalan hanya satu mata berbanding Republik Czech di tangga kedua, dan empat mata berbanding England di tangga pertama.
England dengan mudah menewaskan Republik Czech 5-0 pada perlawanan di Stadium Wembley pada 22 Mac lalu.
Menurut artikel yang diterbitkan terlebih dahulu oleh Malaysia Kini, Kosovo adalah sebuah negara yang mempunyai kira-kira 2 juta penduduk.
Apabila jurulatih England menggunakan alasan ini, ianya dianggap sukar diterima
Posted by Semuanya BOLA on Saturday, October 12, 2019
Bancian pada 2011 menunjukkan 96% daripada penduduk negara tersebut adalah Islam.
Kekalahan England dalam perlawanan tersebut bukan sahaja mengejutkan, malah turut mendapat kritikan daripada penyokong dan media di England.
Skuad kendalian Gareth Southgate bagaimanapun kembali bangkit dengan menewaskan Bulgaria 6-0 pada awal pagi tadi.