Menjelang aksi Liga Super seterusnya membabitkan pertemuan antara Kedah Darul Aman (KDA)menentang Petaling Jaya City (PJ City) pada Sabtu ini, sorakan para penyokong tuan rumah ditagih untuk memberi motivasi buat para pemain.
Itulah yang kini ditekankan oleh pemilik KDA iaitu Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar apabila beliau meminta agar para penyokong mampu memenuhi Stadium Darul Aman (SDA) agar moral para pemain mampu terus meningkat.
AYUH SANG KENARI, SARANG KITA DI STADIUM DARUL AMAN!
Masa sudah sampai lagi untuk Sang Kenari menunjukkan kebijaksanaan dan kemampuan sebenar menentang pasukan pelawat PJ City dan JDT di Stadium Darul Aman.
Salam dari Brisbane, Australia
Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar pic.twitter.com/8BKMWOc7zq
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 27, 2022
Jelas beliau, ketika ini KDA berada di landasan sebenar untuk kembali kemampuan sebenar mereka menentang PJ City dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri, berdasarkan prestasi semasa kelab tersebut.
Masa sudah sampai lagi untuk Sang Kenari menunjukkan kebijaksanaan dan kemampuan sebenar menentang pasukan pelawat PJ City dan JDT di Stadium Darul Aman.
Sokongan penuh para penyokong di Stadium Darul Aman pasti mengamit aura kehebatan Sang Kenari”, jelas Daud Bakar menerusi laman Facebook rasmi KDA.
Selain itu, beliau turut mengenang akan bait-bait kata daripada watak Hollywood, Rocky Balboa mengenai jatuh bangun seseorang yang mendapat faktor daripada sokongan ramai.
“Saya teringat ungkapan Rocky Balboa kepada anaknya, dalam perlawanan (tinju) tidak penting mana berapa teruk kamu ditumbuk, tetapi bagaimana kamu bangun semula selepas jatuh ditumbuk.
“Jatuh dan gagal dalam kehidupan adalah biasa. Bangun semula daripada kegagalan adalah luarbiasa. Kami perlukan sokongan anda semua – penyokong Kedah yang luar biasa – untuk kami bangkit semula,” tambah pemilik KDA itu.
Rekod pertemuan dalam 8 perlawanan terakhir antara KDA FC dan PJ City FC.
🏆 Liga Super 2022
🆚 PJ City FC
📆 1 Oktober 2022, Sabtu
🕖 9.00 pm
🏟️ Stadium Darul Aman, Alor Setar pic.twitter.com/TMQhCQUr7E— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 28, 2022
Selain Daud Bakar, pengendali KDA ketika ini iaitu Aidil Sharin Sahak juga ada meluahkan kepada Semuanya BOLA mengenai impak penyokong kepada pasukan sangat kuat.
Jelas Aidil, salah satu faktor mengapa beliau berminat untuk sertai KDA dahulu kerana tarikan para penyokong kelab tersebut yang dianggap sangat hebat.
Pengendali dari Singapura tersebut juga mohon agar para penyokong ‘Sang Kenari’ itu dapat kembali memenuhi stadium bagi baki perlawanan di laman sendiri ini agar moral mereka kembali meningkat.
“Berbaki tiga perlawanan di laman sendiri ini, saya berharap agar para penyokong mampu memenuhi stadium untuk memberi sorakan positif buat KDA.
“Saya tertarik dengan KDA dahulu kerana aura para penyokong pasukan ini yang sangat kuat dan sorakan mereka ini luar biasa.
“Tanpa penyokong, kami juga tidak begitu bermotivasi untuk memberi segalanya yang terbaik dan diharap mereka akan kembali pada baki perlawanan terakhir di laman sendiri ini,” kata Aidil dengan harapan cukup tinggi.
Selepas menentang PJ City pada Sabtu ini, KDA bakal berhadapan cabaran besar mereka iaitu JDT pada 4 Oktober sebelum bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi membuat perhitungan bersama Negeri Sembilan.
Seterusnya, mereka berdepan sekali lagi JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 11 Oktober, sebelum aksi terakhir liga menentang Terengganu di laman sendiri.