“Pemain Seperti Mesin Basuh” – Varane Dedah Punca Bersara Wakili Perancis

Raphael Varane
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

“Kami ibarat mesin.” Itulah yang dikatakan oleh pemain Manchester United, Raphael Varane selepas memilih untuk meninggalkan tugasan bersama-sama Perancis baru-baru ini.

Varane, 29, memilih untuk meninggalkan Les Blues dan fokus kepada tugasan bersama-sama United selepas berasakan tekanan apabila menjalankan tugasan bersama-sama kelab dan negara.

Padanya, pemain di Eropah ini ibarat mesin dan tidak ada masa untuk berehat.

Menurut laporan Daily Mail, Varane berkata jadual yang terlalu padat membuatkan dirinya tidak mampu lagi untuk terus memberikan komitmen kepada tugasan bersama negaranya.

“Pemain di peringkat tertinggi bola sepak ibarat mesin basuh, anda bermain sepanjang masa dan tanpa henti.

“Kami mempunyai jadual yang terlalu padat dan bermain tanpa henti. Ketika ini, saya berasakan yang saya sesak dan terseksa.

Varane bersara selepas ketua pasukannya iaitu Hugo Lloris memilih untuk tidak lagi melakukan tugasan bersama-sama Perancis selepas tamat Piala Dunia 2022.

Kedua-duanya berjaya untuk memperoleh gelaran Piala Dunia pada 2018 selepas menewaskan Croatia 4-2 di perlawanan akhir.

Mereka juga memperoleh dua kali gelaran naib juara selepas tewas kepada Portugal pada EURO 2016 dan juga kalah dengan Argentina semasa Piala Dunia 2022.

Kini ianya membuka ruang kepada pemain-pemain lain untuk mengambil tempat yang ditinggalkan oleh Varane dan juga Lloris bagi membentuk generasi baharu Perancis menjelang saingan EURO 2024.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN